4 Jenis dan Peringkat Buasir

Saya sambung lagi entri berkenaan berak berdarah yang lepas dengan mengenali lebih dekat berkenaan BUASIR. Umum mengetahui buasir adalah masalah biasa dan ramai yang mengalaminya. Ramai dikalangan kita yang merahsiakan sakit buasir dari mendapatkan rawatan doktor. Kebanyakan kita hanya mengetahui kewujudan buasir apabila berlakunya pendarahan setiap kali membuang air besar ataupun adanya ketulan besar terkeluar di bahagian dubur yang mana sangat sakit apabila disentuh.


Darah yang keluar bersama najis

Buasir / hemorrhoids adalah pembengkakan pada salur darah di bahagian dubur. Ia sering dikaitkan dengan sembelit dan terlalu meneran semasa membuang air besar. Tisu pada dubur sebenarnya mempunyai salur darah yang banyak membantu semasa pembuangan najis. Disebabkan sakit sembelit, kita selalu meneran kuat, bagi memaksa pengeluaran najis segera terlaksana..hehe. Peningkatan tekanan ini boleh menyebabkan salur darah membengkak dan mengembang yang membentuk buasir.


Jadi kita berkenalan dulu jenis-jenis buasir. Ada dua..satu buasir dalaman dan satu lagi luaran. 

Buasir Dalaman

Bengkak yang terdapat di lapisan dalam rektum. Kebiasaanya kita tak tahu wujudnya buasir ni. Sebab ianya tidak menyakitkan dan tiada kegatalan kerana terletak jauh dalam rektum. Buasir dalaman ini tak merbahaya kecuali ia semakin membesar. Kita cuma akan perasan bila berlakunya pendarahan semasa buang air besar. Proses meneran dan gangguan di laluan najis boleh menyebabkan permukaan buasir yang lembut tercedera dan berdarah. Ada ketikanya bila kita meneran, buasir dalaman tadi akan tertolak keluar melalui pembukaan di anus. Bila buasir ni dah terkeluar, baru pesakit akan rasa sakit dan tak selesa. 

Buasir Luaran

Bagi pesakit yang menghidapi buasir luaran, mereka jelas akan merasa kesakitannya. Darah yang terkumpul dalam buasir luar tu tadi akan membeku dan memberikan kesan yang amat menyakitkan, pedih dan kadang-kadang mengundang kegatalan. 


kalau tengok gambar betul..buasir luar ni memang menakutkan saya..huhu. Saya taknak post kat entry ni. Jadi saya letak ilustrasi je..haha. Selalunya buasir luaran ni tak serius sangat sebab jarang berlaku pendarahan, tapi tahap kesakitan dia memang sangat menyakitkan. Kita boleh rasa atau lihat sendiri ketulan buasir tu di sekitar dubur.

Buasir ni ada Empat  (4) Peringkat, jika ada tanda-tanda macam yang saya nyatakan ni, korang boleh jumpa Doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan berlarutan;

Tahap 1 -Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

Tahap 2 - Pergerakan usus akan menyebabkan bengkak keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur

Tahap 3 -  Sama seperti Tahap 2, tetapi bengkak tersebut tak dapat masuk sendiri, hanya boleh berada di dalam jika ditolak masuk secara fizikal. Jadi, korang kena tolak sendiri pakai jari.

Tahap 4- darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Bengkak akan berada di luar kawasan dubur. Pada tahap ni, rawatan doktor perlu disegerakan.

Ok, nanti saya akan sambung entri seterusnya berkaitan  sebab/punca buasir ni terjadi. Jika anda menghadapi masalah berikut, jangan malu untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Atau anda boleh mencuba set Buasir Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard, Zinc dan Ostematrix. Anda boleh baca testimoni suami saya Berak Berdarah - Pengalaman Sembuh.

Tisu pada dubur sebenarnya mempunyai banyak salur darah yang membantu mengawal pembuangan najis. Jika anda memaksa pengeluaran najis (dengan meneran kuat), peningkatan tekanan ini boleh menyebabkan salur darah membengkak dan mengembang - yang membentuk buasir.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Usahmalurawatbuasir/Article#sthash.wB3vEquo.dpuf
Tisu pada dubur sebenarnya mempunyai banyak salur darah yang membantu mengawal pembuangan najis. Jika anda memaksa pengeluaran najis (dengan meneran kuat), peningkatan tekanan ini boleh menyebabkan salur darah membengkak dan mengembang - yang membentuk buasir.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Usahmalurawatbuasir/Article#sthash.wB3vEquo.dpu
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors