Cara Makan Set Kurus Shaklee Dan Menu Diet 30 Hari Pasti Turun Berat!

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share cara makan set kurus Shaklee dan contoh menu harian yang betul dan wajib diikuti untuk dapat penurunan berat maksimum. Sebenarnya saya sedih sebab dulu entri ni dah dapat lebih 60 like. Pastu bila saya nak update letak menu diet, tertekan revert to draft then hilang semua like..huuu sedih. Like penting untuk SEO entri ni. Jika anda puas hati baca entri saya ni jangan luka klik like ye. hihi. Ramai salah sangka untuk turunkan berat badan 80% senaman dan 20% diet. Tetapi cara yang betul adalah 80% diet dan 20% senaman. Sebelum anda bermula diet, anda kena reset minda anda. Apa-apa menu yang anda amalkan selama ni yang bikin badan anda naik, kena tinggalkan. Ini adalah fresh start. Mulakan diet baru untuk bantu anda turun berat.

Ini kerana mereka yang mempunyai berat badan berlebihan mengambil kalori 3kali ganda dari apa yang tubuh mereka perlukan sebenarnya. Sebagai contoh untuk bakar 600kalori anda kena jogging sejam dan 2 keping roti canai bersamaan 600kalori. Mana lagi senang, elak makan roti canai 2 keping atau makan roti canai 2 keping kemudian jogging sejam untuk bakar 600kalori tu? Saya tahu jawapan di minda anda...hihi

Bertitik tolak dari situ saya rasa adalah penting untuk membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan mendapat panduan lengkap cara makan set kurus dan menu harian yang wajib diikuti untuk turun berat. Bagi tujuan ni, saya simulasikan menggunakan semua produk dalam set kurus. Untuk pengetahuan anda, set kurus Shaklee terdiri dari Cinch Shake, Cinch Energy Tea, Alfalfa, Herblax dan Lecithin. Bagaimanapun ESP dan Omega Guard lebih sesuai digunakan jika anda menyusu badan kerana mempunyai manfaat tambahan terhadap penyusuan dan IQ bayi. Berikut merupakan fungsi asas tiap produk.
  • Detoks - Herb-Lax dan Alfalfa
  • Singkirkan Lemak - Lecithin dan Omega Guard
  • Healty Diet -  Cinch Shake, ESP dan Cinch Energy Tea
First thing first, pelanggan perlu tahu berapa BMR dan DCR beliau. Boleh rujuk sini untuk mempelajarinya. Sesudah mengetahui DCR anda, mari kita mulakan langkah pertama. Iaitu meng'combine'kan supplement tersebut dan teknik menurunkan berat badan yang betul seterusnya mencapai objektif mendapatkan kalori defisit setiap hari.

Pertama sekali anda kena tahu matlamat kita menggunakan supplement semulajadi adalah supaya berat kita cepat turun secara semulajadi. Contoh berat turun secara semulajadi tu macam mana? Turun berat secara semulajadi ni tidak melibatkan steroid atau bahan yang kimia yang membuatkan metabolisma badan naik mendadak seperti sibutramine. 

Ok berikut adalah cara makan setkurus Shaklee. Di bawahnya saya akan letakkan contoh menu makanan untuk menu 1,2,3 dan 4. Karbohidrat adalah pantang utama jika nak turun berat secara cepat. Tapi bukanlah selamanya tau. Just semasa tempoh nak capai target weight je. Kalau target nak turun 10kg sebulan. Maka selagi belum turun 10kg, selagi tu kita pantang ambil karbohidrat ye. Ingat! makan untuk tenaga, bukan untuk nafsu dan selera. Pedulikan apa kata orang, hanya visualkan diri anda yang lebih slim.

Bangun pagi - Wajib minum air masak segelas
7am - Mulakan hari anda dengan sesudu ESP dan sebiji Omega Guard supaya anda kekal kenyang ketika sarapan nanti.
8am - Sarapan menu 1 dan terus makan Alfalfa dan Lecithin.
9am - Minum air masak
10am - Makan snack menu 2
11am - Minum air masak
12pm - Minum satu hidangan Cinch Shake (2 scoop) sebagai ganti lunch. Ni boleh potong beratus-ratus nilai kalori anda sehari sambil memberi tenaga berpanjangan dan menjaga otot anda disamping membakar lemak untuk tenaga.
1pm - Minum segelas Cinch Energy Tea (1/3 sachet) untuk rejuvenate diri anda dengan kalori minimum
2pm - Minum air masak
3pm - Makan snack menu 3 dengan segelas air masak
4pm - Makan sebiji Omega Guard dengan air masak. Ini untuk menaikkan metabolisma tubuh sehingga 40% lebih tinggi bila kita bersenam atau lakukan apa2 aktiviti. Kalau nak tahan lama boleh ambil Performance Drink.
5pmSenam selama 1 jam. Tak kira la nak buat senaman apa. Untuk bakar lemak yang terbaik adalah joging 5kmj.
6pm - Minum segelas (1/3 sachet) Cinch Energy Tea campur madu, lemon, daun pudina. Minum sejuk. Silap ramai orang adalah amalkan minuman isotonik manis lepas senam kerana ia mengandungi banyak kalori. Bagus jika anda dah sedia kurus, tapi tak bagus jika anda nak turun berat.
7pm - Minum 1sudu ESP dan sebiji Omega Guard
8pm - Dinner menu 4. Elakkan dinner lewat ye. Lepas solat magrib boleh terus makan. Lepas makan ambil Alfalfa dan Lecithin
9pm -  Minum segelas (1/3 sachet) Cinch Energy Tea. Ia akan membantu membakar kalori ketika anda tidur. Turun berat semasa tidur, rugi tak beli.
10pm - Makan Herblax dan segelas air masak

Menu Diet Set Kurus Shaklee Minggu 1
Menu Diet Set Kurus Shaklee Minggu2
Salad mix tu senang je buat. Saya suka salad Rasamas. Hanya guna lobak, kobis bulat dan kobis ungu then gaul dengan salad dressing. Boleh simpan dalam peti sejuk. Buat 2 hari sekali.
Salad yang simple tapi sedap
Anda boleh skip snack jika merasa kenyang dengan Cinch Shake dan ESP. Dua ni memang buat kita bertenaga dan kenyang lama. Menu minggu ke3 hingga ke4 masih work in progrees. So selama tempoh anda nak turun berat, kena la stop ambil karbohidrat ye. Kalau tak boleh hidup tanpa nasi, ambil syarat je makan segenggam nasi. Bila dah dapat berat yang diingini baru kita ubah kepada menu baru. Ingat, makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Contoh set gambar cara makan untuk set berlainan. Jika anda tanya kalau saya stop ambil Shaklee, gemuk balik tak? Jawapannya tidak jika anda follow apa yang saya ajar dalam e-book. Free je saya bagi kat customer saya ;)



    21 PILIHAN SET PELBAGAI KOMBINASI HANYA DARI KAMI (KLIK SINI)
    SET KEAHLIAN PERCUMA SILA BACA SLIDE SHOW BAWAH INI(>_<)

    Bagaimana setiap produk membantu turun berat? perlu diketahui matlamat kita adalah mendapatkan kalori defisit setiap hari (rujuk kenapa aku gemuk lepas start bekerja)..makanan ruji harian kita membekalkan sedikit tenaga tetapi banyak kalori..lemak terbentuk dari kalori yang berlebihan. Tambahan pula aktiviti harian kita hanya perlukan sedikit kalori. Sebagai contoh antara lunch hingga ke magrib, kita hanya perlu 150kalori..tapi masa lunch kita makan 500kalori  dan dinner kita tambah lagi 1000kalori sebab makan Big Mac McD dan Coke disamping kentang goreng yang enak..pergh..memang sedap..tapi kalori berlebihan ni yang akan disimpan sebagai simpanan tenaga dalam bentuk lemak untuk kegunaan kemudian hari. Bab tu yang tak enak..ye dak?

    So jika hingga hari ini anda masih belum tahu apa itu kalori, sukar untuk anda kekal langsing. Kita mahukan anda kekal langsing walaupun berhenti menggunakan produk.  Kakak saya cuma ambil lecithin dan alfalfa..ada 3 anak..konsisten makan tiap bulan..dan follow apa yg saya ajar..dia turun 5kg sebulan..hari2 kemas rumah dan jaga anak je kerja..tak bersenam just aktiviti fizikal rutin harian sebagai ganti senaman selain diet ala-ala kampung..jika akak saya follow arahan saya dan turun berat..anda juga boleh..jika anda kerja pejabat takda aktiviti fizikal. Anda wajib banyakkan berjalan untuk bakar kalori. Kalau sebelum ni naik lif tukar naik tangga.

    berat sama tapi saiz berbeza
    Salah satu cara untuk meninggikan kadar metabolisma adalah membesarkan saiz otot. Tapi bukanlah seperti orang bina badan. Maksud membesarkan otot adalah banyakkan aktiviti fizikal. Kerana otot memerlukan tenaga untuk bekerja. Lagi besar otot lagi banyak kalori dibakar dalam 1 masa. Tenaga kita datang dari makanan dan lemak. Jika kita makan banyak tapi rendah kalori, perut akan sentiasa kenyang tetapi badan akan mengurai lemak lama anda untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan rendah kalori tapi mengenyangkan adalah makanan berserat seperti buah dan sayur dan juga protein. Makanan tak mengenyangkan tapi banyak giler kalori adalah karbohidrat seperti gula, nasi dan roti. Air kotak, tin dan botol terutamanya. Ambil air2 ni dan diet anda akan fail melainkan anda bakar kalori2 tersebut.


    Turun berat dengan Shaklee adalah turun berat semulajadi..ia tidak merosakkan metabolisma badan anda secara paksaan seperti ubat kurus..sebab tu sebahagian ubat kurus diletakkan steroid utk merangsang metabolisma anda secara tidak semulajadi..dan jika anda stop guna tapi masih tidak mengubah gaya hidup, berat anda akan bertambah semula.

    So jom ubah gaya hidup gaya Shaklee dan rasai pengalaman energetik semasa turun berat. Untuk lihat mereka yang dah berjaya melalui set kurus Shaklee dan menjadi inspirasi anda boleh klik mana-mana link bawah. Boleh cuba set mereka cuba dengan syarat latar belakang anda sama la. Kalau anda belum kahwin dan sibuk dengan kerja tanpa ada masa bersenam tapi nak cuba set kurus ibu menyusu, tu tak tepat tu. Kena pilih tepat dengan rutin harian anda ye. Suka saya untuk anda mencuba set kurus yang lengkap supaya kesannya cepat nampak dan awesome.


    Bukan dia seorang, kawan saya pun happy sangat bila dapat bentuk badan idaman lepas hilang 24kg. So bantu saya untuk bantu anda. Jika mereka boleh dapat berat badan yang ideal, anda juga boleh. Jangan tinggal di pulau alasan. Orang berjaya pasti ada pengorbanan. Bila kejayaan sudah dikecapi, pasti hidup lebih bahagia.




    BONUS yang bakal anda dapat dari set kurus Shaklee ni selain turunkan berat adalah seperti berikut:
    1. Kulit makin cerah - ESP
    2. Kulit makin cantik lembut - ESP
    3. Rambut makin sihat - ESP
    4. Bertenaga sepanjang hari - ESP dan Cinch
    5. Tumit makin lembut - ESP
    6. Miss V makin rapat - Alfalfa
    7. Atasi masalah dalaman wanita - Alfalfa
    8. Atasi masalah selsema - Alfalfa
    9. Cuci salur darah - Lecithin dan Omega
    10. Seimbangkan kolestrol baik dan jahat - Omega
    11. Cergaskan otak - Omega
    12. Kuatkan memori - Omega
    13. Glowingkan kulit - Omega
    14. Tingkatkan imuniti - Omega, Alfalfa dan ESP
    Apa yang penting? kerjasama..bukannn..apa yang penting adalah tidak sesekali berputus asa..
    Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
    Hubungi Saya :

    FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
    www.facebook.com/messages/FreeVitamins

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    * COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

    18 comments:

    1. assalaamualaikum. saya juga pengguna shaklee. contact me if you want a review written for this page. murah saja. terima kasih :D

      ReplyDelete
    2. assalamualaikum...
      buleh ker saya amik sedikit ilmu kat sini. saya baru join jadi pengedar, so x brp pandai lagi. saya amik info untuk terangkan kat customer saya.

      ReplyDelete
    3. Boleh je..kalau nak copy pastikan beri credit..tu je

      ReplyDelete
    4. salam...nk tnya,utk kurus sesuai ambk alfafa+lecithin atau omega+lecithin

      ReplyDelete
    5. Maaf ye..jika anda ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp atau sms saya 016-7114304. Saya install template ni sebab cantik..tapi rupanya ada bug. saya tak boleh reply komen anda jika anda ajukan pertanyaan disini. Saya cuma boleh add new comment sahaja. Alfalfa untuk detox. Manakala lecithin dan omega untuk mengemulsi dan mencairkan lemak. Asasnya (Alfalfa dan Lecithin) atau (Alfalfa dan Omega) atau (Alfalfa, Omega, Lecithin). Ini paling lengkap. Alfalfa tidak sesuai digunakan oleh pesakit lupus.

      ReplyDelete
    6. tima kasih.. info sangat baik

      http://tipsihatselalu.blogspot.com

      ReplyDelete
    7. info yang berguna
      boleh jemput ke blog saya

      enrdenatureshop.blogspot.com

      ReplyDelete
    8. info yang sangat menarikd an tersusun

      ReplyDelete
    9. wow.. penerangan yang lengkap dan jelas :-)
      http://happyhealthylifeshop.blogspot.com/

      ReplyDelete
    10. terima kasih atas artikel yang sangat sangat detail ni. siap ada menu apa nak makan ye. Saya pun amalkan set kurus ni. Memang berkesan. didoakan puan akan terus berjaya dalam bisnes ini ;-)

      ReplyDelete
    11. info yg sangat menarik..terbaikkk

      ReplyDelete
    12. good info...keep it up!!

      ReplyDelete
    13. Good info. Saya suka list menu sepanjang proses penurunan berat badan. Sangat membantu. Tq.

      ReplyDelete
    14. Wahh menarik menu untuk kurus. Insya Allah saya akan folo tips tu

      ReplyDelete
    15. Berapa biji nak ambil alfalfa dan lecithin

      ReplyDelete
    16. thanks for the tips...nk kurus mcm ni jugak!

      ReplyDelete

    LINKIN WITHIN

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Contributors