Bismillah..
Untuk entri minggu ni saya nak fokus tentang DETOKS.. Sebab apa pentingnya kita kena tahu dan faham detoks supaya tak jadi macam saya..haha. Aku dah makan sebulan lebih..dah habis dua botol, xde perubahan pun. Dah try macam-macam suplemen kurus..yang air dah..yang pil dah..tapi berat tak turun-turun. Seluar ketat gitu gak lagi dukacita inch loss pun xde. Haa..ini kenyataan.
Apa itu detoks? Dalam bahasa mudahnya, proses membersihkan diri atau keluarkan toksin dari dalam badan. Proses detoks ni penting untuk pastikan penyerapan nutrien daripada supplemen yang kita makan berada pada tahap optimum. Selalunya gagal dalam melaksanakan misi2 nak kurus adalah faktor banyaknya toksin dalam badan. Bila nutrien tak dapat diserap, metabolisma rendah, otak sentiasa bagi signal lapar..lapar.. Hmm..sudahnya..makan dan makan lagi. Camno nak kurus?
Harap maklum ye..toksin ni membahayakan tisu badan dan boleh membawa penyakit. Bila terlalu banyak toksin terkumpul dalam badan, badan akan jadi lemau. Lama-lama lesu, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot dan akhirnya kualiti hidup berkurang. Bagi yang bercita2 nak turunkan badan, kadar metabolisma akan jadi perlahan mengakibatkan organ-organ tak dapat berfungsi dengan baik. . Sebelum plan diet bermula, ramai yang jadikan detoks sebagai langkah utama diorang. Sebab dikalangan yang berjaya ni faham detoks penting untuk saluran pencernaan, buang toksin dari paru-paru, tingkatkan fungsi hati dan hempedu jadi bertambah baik.
Kita nak sihatkan? Nak hidup yang hebat..Elokla berdetoks!
TUBUH MELAKUKAN DETOKSIFIKASI SETIAP MASA
Pada dasarnya, tubuh badan kita secara semulajadi melakukan detoksifikasi setiap masa. Badan kita dah dilengkapi dengan organ yang membantu untuk proses detoks. Organ tu termasuklah hati, usus, buah pinggang, pundi kencing, paru-paru, sistem limpa dan kelenjar peluh. Organ-organ ni berfungsi membersihkan tubuh atau memyahtoksin bagi pastikan kita kekal sihat.
PARU-PARU - Membuang pelbagai jenis gas seperti karbon dioksida dari saluran darah.
SISTEM LIMPA - beroperasi sebagai pembuang sisa paling utama dengan membuang serpihan, patogen, sel darah mati dan toksin yang lain dari tubuh.
KULIT - menyahtoksin dari kelenjar peluh
BUAH PINGGANG - membuang sisa dan air dari darah dalam bentuk air kencing yang kemudiannya dikeluarkan dari tubuh melalui pundi kencing.
SISTEM PENGHADAMAN - meneutralkan pencemaran dan boleh memberitahu beberapa jenis penyakit yang mungkin kita tak sedar, manakala usus menyalur keluar segala sisa dari tubuh setiap kali kita melakukan proses pembuangan.
KITA HIDUP DALAM DUNIA BERACUN
Jadi, sekiranya tubuh mampu membersihkan dirinya sendiri kenapa masih perlu detoks? Walaupun tubuh kita secara alaminya boleh menyahtoksin sendiri, kehidupan kita hari ini terdedah kepada banyak toksin tanpa kita sedari. Terdapat banyak toksin wujud di dalam persekitaran kita, contohnya udara tercemar dengan asap kenderaan, air yang diminum, kosmetik yang kita pakai. Secara tak sedar, toksin ini menjadikan tubuh sebagai perumah dan memaksa organ detoksifikasi badan kita bekerja lebih keras untuk pastikan kekal sihat. Jika fungsi sistem pembuangan toksin melakukan sebaliknya, toksin tetap akan keluar tapi dalam bentuk cela. Maka terhasil la kulit kusam, berjerawat, dan banyak masalah kesihatan lain.
DETOKS MEMBANTU TUBUH KEKAL CERGAS
Perlu kita ketahui dengan sokongan nutrisi yang baik, tenaga sistem tubuh akan menjadi lebih kuat untuk mendapatkan semula tenaga dan kecergasan, memperbaiki kekuatan mental untuk kekal fokus dan menurunkan berat badan agar tampak lebih sihat dan segar.
Ibaratkan diri seperti kereta, perlukan minyak untuk kekal bergerak, namun hebat mana pun kereta itu, lambat laun tetap akan mengalami kerosakan. Bagi mengekalkan prestasi pada tahap optimum, ia perlu diservis dan dibersihkan. Diganti minyak hitam dan tayarnya. Samalah juga badan kita yang perlukan bantuan tambahan mengelakkan toksin memenuhi badan dan kesihatan terjejas. Semakin lama terkumpul toksin dalam badan, semakin tinggi kebarangkalian ia akan melumpuhkan organ dan memudaratkan fungsi tubuh kita.
Detoks bererti kita mengurangkan beban toksin yang terkumpul di dalam badan dan mengekalkan prestasi organ detoks dalam badan. So apa lagi..
MULAKAN DETOKS HARI INI DEMI KESIHATAN ANDA
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)
Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :
FB Syuhana Yusof | 013-3555431 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
Hubungi Saya :
FB Syuhana Yusof | 013-3555431 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment