Mungkin anda pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Atau cuba berbagai produk kecantikan tetapi tidak berkesan. Atau memakan pelbagai ubat tetapi tidak sembuh. Boleh jadi perkara ini terjadi kerana badan anda mengandungi banyak toksin sehingga
menghalang penyerapan nutrisi pemakanan atau vitamin ke dalam tubuh.
Selain
itu, toksin juga bertindak merendahkan metabolisme badan anda. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar
untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet
harian.
Credit to My Metro
TIDAK ramai yang terfikir untuk melakukan
pembuangan toksin atau kotoran dalam badan. Cuba bayangkan jika
seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga sekarang,
ini bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.
Secara semula jadi, toksin boleh dibuang melalui proses pencernaan
iaitu menerusi pembuangan air kecil atau besar. Namun, jika ia tidak
berjalan dengan lancar iaitu seseorang itu mengalami masalah membuang
air besar, sakit perut berterusan atau kulit berjerawat, itu tandanya
badan mempunyai toksin berlebihan.
Selain itu, pengumpulan toksin dalam badan juga boleh mengakibatkan
sembelit, sakit kepala, insomnia, letih dan imuniti badan rendah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd, Dr Syid Ayob Syid
Mustafa Al-Qudri, mengikut konsep dan teori penyembuhan semula jadi,
faktor utama yang menyebabkan organ dan tubuh menghidap pelbagai jenis
penyakit ialah toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis sesuatu
penyakit ditentukan oleh kerosakan yang disebabkan toksin berkenaan.
“Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran di sekeliling kita.
Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara
berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk
aktiviti pertanian.
“Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan atau bahan tambahan yang menjadi punca utama toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser atau migrain.

“Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati hampir 90 peratus
punca penyakit disebabkan toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh pula,
apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan
sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang
berada dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan
merosakkannya,” katanya.
Kajian yang dilakukan Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York di
Amerika Syarikat dengan kerjasama Kumpulan Pekerja Alam Sekitar (EWG)
mendapati, terdapat 91 unsur pencemaran kimia daripada sumber industri
dan pelbagai unsur kimia yang lain di dalam sampel darah dan air kencing
sembilan sukarelawan dari lima bandar raya berlainan.
Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia.
Jumlah keseluruhan toksin yang dijumpai pula sebanyak 167. Seperti kebanyakan kita, sembilan sukarelawan berkenaan tidak langsung bekerja di persekitaran yang terdedah atau dicemari industri kimia.
Menerusi 167 toksin yang ditemui itu, 76 dikenal pasti boleh
menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan, 94 pula bahan toksin
berbahaya kepada otak dan sistem saraf manakala 79 lagi boleh
menyebabkan kecacatan janin.
Dr Syid Ayob berkata, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalusi seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng dan protein yang diambil secara berlebihan adalah faktor menyumbang kepada masalah kesihatan.

Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti
pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak
turut mempengaruhi.
“Semua bahan ini masuk ke dalam usus lalu meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin itu akan diserap dan melekat dalam darah lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan atau penyakit seperti radang usus.

“Proses membuang air besar yang normal dan baik untuk seseorang
ialah dua kali sehari. Tetapi, jika seseorang tidak membuang air dengan
kadar sepatutnya, kemungkinan besar najis yang berada di dalam usus akan
menjadi hitam dan melekat pada dinding usus, seterusnya menjadi toksin
dalam tubuh,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan ibu hamil atau sedang menyusukan
bayi tidak sesuai untuk membuang toksin melalui bahan makanan tambahan.
Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus.
Tambahnya, antara cara lain yang popular digunakan untuk membuang toksin ialah diet jus dan diet air. Tetapi ada juga yang memilih cara lebih ekstrem iaitu melalui proses mencuci usus.
Cara ini dibuat dengan memasukkan tiub ke dalam usus dan menyedut
kotoran di dalamnya. Jika mahu melakukannya, pastikan mendapatkan
khidmat doktor bertauliah.
Dengan mengamalkan sokongan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin
Dengan mengamalkan sokongan makanan tambahan yang melancarkan proses penyahtoksin, ia mampu membantu tubuh untuk membersihkan diri daripada sisa toksin
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)
Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:
Post a Comment