Shaklee MLM Tak Patut Syariah? Iye Ke?

Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak.
Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu :

1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.

2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.

3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah.

Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain. Ni sayarat MLM patuh syariah.

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. Produk Shaklee bermanfaat? Sudah tentu!

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal / keuntungan).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Dalam Shaklee jika anda tak menjual, tapi orang bahawan anda sahaja menjual, anda tak dapat apa2 keuntungan jualan.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter. Dalam Shaklee anda join bayar RM65 untuk pendaftaran dan dapatkan businees kit, upline anda sesen pun tak dapat apa tau. Cuma dapat tanggungjawab membimbing anda.
Business kit

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna. Shaklee menepati konsep ini. Tak perlu nak maintain belian beratus atau beribu ringgit. Tiada paksaan. Siapa berusaha, dia dapat.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?. Ini realiti dalam Shaklee. Jika anda hanya menggunakan sendiri dan tidak coaching anak anda, anak anda yang aktif menjual secara automatik akan berada terus di bawah super upline yang aktif coaching dan menjual berdasarkan peraturan syarikat dan anda kehilangan hak komisyen jualan dari anak tersebut.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.

Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. Ini juga di diamalkan Shaklee seperti dijelaskan dalam point di atas. Downline boleh naik pangkat dahulu memintas upline jika organisasi kumpulan anak lebih besar dari upline.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. Pelan keuntungan dan bonus Shaklee mudah dan jelas

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. Pelan pemasaran Shaklee menepati garis panduan patuh syariah ini. Nak explain detail kena la jadi ahli kan :-)

 

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.
 

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?
 

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam.
 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.
Sumberhttp://wafiqulya.blogspot.com/2013/06/shaklee-mlm-tak-lulus-syariah.html

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors