Susu Ibu Cair Tak Berkhasiat

Hehe..tengah sibuk mengunyah buah epal ni, ada satu sms masuk.."syue..anak aku asik merengek je ni..akak aku cakap  susu aku cair..sebab tu anak tak kenyang"
Bila dia kata susu cair tu.. ni yang saya bayangkan ini..hahaha

Susu cair ni, Ideal, Carnation, F&N dan yang sewaktu dengannya memang ada banyak kat luar sana..mudah je dapat. Tapi untuk susu ibu..istilah tu tak ada sebenarnya. Pandai pandai je kita ni bagi istilah, pastu sebarkan maklumat yang tak tepat bila nampak susu tu cair, tak pekat, automatik susu jadi tak berkhasiat..anak tak kenyang.. 

Huu..nasib baik kawan ni bertanya dengan saya..dia dah rasa nak give up je pasal breastfeeding ni. Bagi mereka yang ada masalah penyusuan bayi..nasihat ikhlas saya, rujuk pada yang pakar ye..banyakkan pembacaan anda. Anda perlu bijak membuat pilihan dan bertindak mengikut akal fikiran serta rujukan yang tepat. Kalau salah bertanya memang gini la jadinya.

Saya tahu ramai ibu yang risau anak tak kenyang sepenuhnya, tengok susu kaler macam gitu, mesti buatkan mereka ragu-ragu dengan kualiti susu sendiri. Faktor ini jugalah yang menyebabkan ramai dikalangan ibu beralih arah, campur atau tukar terus dengan susu formula yang lebih pekat dan kekuningan warnanya. Apa yang ibu kena tahu, susu ibu tak sama dengan susu formula. 


Sekadar perkongsian, susu ibu ada 2 peringkat Foremilk dan Hindmilk. Di mana susu yang keluar diawal penyusuan, dinamakan "foremilk" kelihatan agak cair dan mengandungi lebih banyak kandungan air. Foremilk bertindak sebagai penghilang dahaga si manja. Yang terakhir ialah "hindmilk", di mana susu tersebut kelihatan lebih pekat dan kaya dengan lemak dan berkhasiat tinggi untuk tujuan mengenyangkan bayi.



Apabila kita biarkan seketika, susu perahan akan terbahagi kepada dua bahagian. Foremilk di bawah dan hindmilk di atas.. Macam gambar di atas.

Bila sebut foremilk dan hindmilk, ia berkait rapat dengan kenaikan berat badan bayi. Jika bayi anda tidak mengalami kenaikan berat badan, berkemungkinan bayi anda tidak mendapat hindmilk yang secukupnya. Hindmilk membantu bayi kita membesar dan bertambah berat badan. (Masa Zara dulu saya selalu terfikir..nape berat dia susah nak naik) Untuk itu, ibu perlu memastikan bayi mendapat hindmilk dengan cara menyusukannya lebih lama.

Susu ibu sangatlah unik. Susu yang terhasil dipengaruhi oleh pemakanan ibu, cuaca, suhu dan keperluan anak. Apabila cuaca panas, susu ibu akan lebih cair dari biasa untuk membolehkan bayi mendapat lebih banyak air bagi menghilangkan rasa dahaga dan mengelakkan penghidratan (kekurangan air).Apabila cuaca sejuk, susu akan menjadi lebih pekat dan mengandungi lebih banyak lemak dari kebiasaanya bagi membolehkan bayi mendapat tenaga.

Susu ibu tetap berkhasiat walaupun cair, tetapi cairnya susu ibu adalah proses biologi tubuh menandakan ibu perlu teliti dengan semua rutin dan atasi masalah tersebut. Untuk membantu ibu menghasilkan susu yang lebih pekat, ni yang saya lakukan.. anda juga boleh praktikkan untuk lihat sendiri perubahan pada susu anda.

1. Pam dengan kerap dan jangan skip sesi mengepam
2. Kosongkan payudara sepenuhnya setiap kali selepas pam/penyusuan
3. Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang

Bagi ibu yang sukar nak amalkan pemakanan sihat, lengkap dan seimbang, saya syorkan anda mengambil supplement. Supplement ni bukan sahaja membantu melengkapkan nutrisi dan lancarkan penyusuan tetapi dalam masa yang sama memberi manfaat berganda untuk kesihatan bayi anda juga. Saya dah cuba dan sangat berpuas hati. Sekarang ni kandungan saya dah cecah 32 minggu..saya boleh lagi susu kan anak sulung, Zara (2 tahun) dengan jayanya..hehe. Alhamdulillah.

Apa yang saya amalkan set mengandung (Vitalea, Bcomplex, Vita C, Omega Guard, Ostematrix dan yang paling penting ESP.) Sejak consume ESP ni, Zara jadi cepat kenyang dan susu saya memang pekat. Pelaburan saya dengan ESP memang berbaloi. Sampai sekarang saya masih gunakan sebab saya suka rasanya dan jatuh cinta dengan manfaatnya. 

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors