Cara Turun Berat Semasa Puasa Ramadhan

Assalamualaikum para pembaca. Hari ni saya nak share tips2 hebat bagaimana anda sepatutnya merangka misi turun berat pada bulan Ramadhan ni. Memandangkan malam ni dah terawikh dan esok kita dah mula puasa. Saya terjumpa perkongian ini dari blog SihatSelalu yang berkongsikan 20 tips penurunan berat badan ketika bulan puasa. Harap sedikit sebanyak ianya membantu anda kelihatan awesome semasa raya nanti.

Perkara pertama anda kena faham bila nak turun berat ni adalah perkara ini adalah suatu proses. Mesti ada permulaan dan perkembangan. Yang takda adalah pengakhiran sebab kalau tak jaga diet, u all boleh bertambah berat semula tau. Perkara pertama sebelum bermula adalah rekodkan timbangan berat dan ukur lilit perut dalam buku.

Keduanya anda harus tahu bahawa niat anda nak turun berat semasa bulan puasa ni adalah tepat sebab selain ianya kewajipan, berpuasa juga sepatutnya merehatkan perut anda dan ianya juga proses nyah toksin yang baik.


Seterusnya ambil sehelai kertas dan tuliskan guna marker pen berapa target penurunan berat yang anda ingin capai pada Hari Raya nanti. Bayangkan penampilan anda pada Hari Raya nanti. Ini tindakan untuk merangsang minda bawah sedar. Percaya sebelum berjaya.


Tip keempat adalah kawal kalori semasa berbuka. Kalori yang menentukan turun naik berat anda. Secara ringkas berpantanglah mengambil air manis dan makanan manis serta tinggi karbohidrat semasa berbuka. Sebab nanti badan anda tak bakar lemak, dia bakar kalori je. Cuba minum air teh hijau seperti Cinch Energy Tea Shaklee. Tiada gula tetapi amat menyegarkan. 

Dah tu nak makan apa? Pilih makanan rendah kalori waktu berbuka. Sebaiknya untuk mereka yang dalam proses turun berat ni, sediakan sendiri masakan berbanding beli kat bazar. Melainkan anda balik kerja sampai rumah pun dan nak dekat pukul 7 kan. Tetapkan iman dalam berbelanja. Syaitan takde tapi nafsu makan kena jaga..hahaha



Setiap kali kita berbuka, berbukalah mengikut sunnah dahulu dengan memakan sebiji kurma. kemudian diikuti setengah gelas air masak. Biar kenyang air. U all nak turun berat kan? haa..pastu baru makan juadah berbuka. Jika anda berjaya mengawal nafsu semasa membeli. Teknik ni akan buatkan anda puas selepas selesai menikmati juadah berbuka. Nak solat magrib pun tak senak perut.


Tips ke7, makan dengan perlahan. Sebab tu kalau ikut sunnah kita seeloknya kunyah banyak kali dulu sehingga lumat. Andai saya tak silap kita perlu kunyah dalam lingkungan 40 kali dahulu sebelum telan. Ikut tip ni confirm turun berat. Nak turun berat tak? hehehe


Tip ke 8 adalah minum air masak secukupnya. Jangan minum air manis. No no no..confirm tak kurus sampai raya. Sebabnya nanti tubuh anda tak bakar lemak tetapi hanya bakar kalori dari karbohidrat air manis tu je. Malangnya kalau tak habis bakar, tubuh simpan lebihan kalori tu dalam bentuk lemak.


Untuk turun berat, anda seharusnya elak makan makanan berat 6 jam sebelum tidur dan 3 jam sebelum tidur elakkan dari memakan apa-apa. Kalau sekadar nak minum oat molek sangat la tu.


Jika anda fikir dengan mengelak sahur anda boleh turun berat dengan cepat, memang silap la. Sahur paling penting untuk anda ambil makanan yang tepat supaya anda bertenaga dari pagi ke petang. Jika anda tak sahur, metabolisma anda akan menjadi rendah sebab ketiadaan makanan untuk diproses.


Untuk sahur, saya syorkan anda ambil Cinch Shake disamping kurma dan air masak. Cinch Shake tinggi serat dan mempunyai index glisemik yang rendah di mana ia membekalkan tenaga yang lebih lama berbanding nasi atau roti. Cinch Shake ni bagus kerana ianya mudah disediakan, lagi-lagi jika anda bujang. Kemon la..saya pun pernah merasa bujang..tahu bab nak sediakan makanan sahur orang bujang ni akan menyebabkan kita berfikir banyak kali...last last tak sahur..kikiki



Bulan puasa ni seeloknya tidur awal, supaya pagi-pagi senang bangun, qiam, dan banyakkan bertadarus Al-Quran. Ini peluang kita untuk diampun dosa-dosa seperti bayi yang baru lahir. Jika anda bagi alasan mengantuk nanti kat tempat kerja, tu bukan berpunca sebab tak cukup tidur tetapi sebab terlebih karbohidrat. Minum Performance Drink untuk kekal terhidrat di siang hari.



Puasa bukan alasan untuk tidak bersenam. Lebih-lebih lagi jika matlamat anda nak kelihatan awesome masa raya. Lesu? sebab tu penting untuk minum Performance Drink waktu sahur..hihihi


Selain bersenam waktu petang, terawikh juga suatu senaman. Masa berbuka dah minum Cinch Energy Tea kan? apa ada hal..hihihi



Seperti yang saya dah terangkan pada awal entri, anda mesti mempunyai sebuah buku untuk merekod perkembangan anda. Jika anda ada alat timbang digital yang jitu, anda akan nampak perubahan samada penurunan atau kenaikan berat beberapa ratus gram sehari setiap hari. Turun naik tu bergantung pada disiplin anda dalam menjayakan program penurunan berat badan anda.


Puasa bukan sekadar pada bulan ramadhan sahaja. Anda juga boleh meneruskan amalan ini pada bulan-bulan seterusnya untuk mendapatkan berat ideal dan mengekalkannya.


Semoga tip-tip ini dapat membantu anda menurunkan berat pada Ramadhan kali ini dan kelihatan anggun bergaya pada Hari Raya nanti. So kat bawah ni adalah produk Shaklee yang anda patut guna untuk membantu anda turun berat dengan lebih berkesan pada bulan puasa kali ini. Ok la pembaca sekelian, nak pack balik kampung ni. Nak sambut awal Ramadhan kat kampung. Al maklumlah Johor kan cuti...hihihi

Cinch Shake perasa Coklat, Vanilla dan Cafe Latte

Selain 3 produk di atas, beberapa produk di bawah juga boleh digunakan untuk membantu menurunkan berat badan.
Herblax membersihkan usus untuk kesan penyerapan nutrisi yang lebih baik

Lecithin membakar lemak

Omega membakar lemak serta meningkatkan metabolisma

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card). Untuk bulan Mei sehingga Oktober 2015, Shaklee menawarkan pakej YES Healthy Weight pada diskaun 5%. Anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:

  1. article useful for all readers, I think this would be beneficial for me and many other readers
    thank you for sharing.
    OK, terus menulis bermanfaat artikel yang orang ya agar dengan orang yang dapat mudah membutuhkan SOLUSI menemukan know tulisan anda. salam terimakasih success.
    by Human Services
    .

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors