Cerita Hari Closing

Hari ni nak cerita sikit rutin saya. Saya biasanya pergi Shaklee sendiri untuk beli barang dan pos pada customer sebab cepat. Hari ni customer beli esok boleh dapat. Kalau payment sebelum 3PM la. Tu pun bergantung pada situasi.

Pagi tu 30 September. Bila hari closing saya tak suka pergi petang sebab crowded. Konon pintu Shaklee buka boleh terus beli la kan. hihi. Masa on the way ke shaklee tu singgah pam tayar kat Shell. Nak jadi cerita Zara tekan butang hijau (lock) kat kunci kereta. Waaa. anak ku kunci diri sendiri dalam keta. Apa jadi selepas tu? nak tahu kesudahan? To be continue...
acah je..hehe
Jangan tinggalkan anak kecil dalam kereta


Puas ajar zara tarik lock kat pintu..tapi makin dia tekan lock pintu tu ada la..setahun 7 bulan. apa yg dia faham kan? Datang satu couple singaporean chinese nak tolong. Tapi zara takut la pulak. Then saya berterima kasih dan explain let me handle this. Diorang pun faham sebab tengok zara macam takut kat diorang. Then tiba tiba zara pegang kunci keta balik. Ajar tekan buton hijau tu. Tapi dia pun tak faham. Last last dia cabut kunci dari stereng tu..


Syukur sebab dia cabut kunci...
Syukur sebab dia faham bila diarahkan beri sesuatu yang dia pegang...
Syukur sebab tingkap sebelah penumpang tak tutup rapat. cukup untuk masuk jari dan lepaskan kunci keta.

Pengajarannya, anak yg dah cerdik ni jangan tinggalkan kunci dalam kereta. Huhu. bila start je enjin singnal menyala, wiper hidup, air cond full speed. semua zara kacau. huhu. Kesudahannya, sampai shaklee 10:20am. angka giliran no 20. wahhh..baru 20minit shaklee buka dah 19 orang ambil no. pukul 12 baru settle semua. Otw balik, lagi satu ujian...huhuhu..hari ni moga-moga dapat banyak pahala sabar


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors