Bagaimana Makanan Bertukar Kepada Susu Ibu

Hari ni saya nak kongsi berkenaan proses badan menukar makanan kepada susu ibu. Proses yang setiap ibu wajib tahu supaya proses penyusuan berjaya. Bagaimanapun ini sekadar penulisan. Jika si ibu tidak praktikkan apa yang di ajar, maka matlamat penyusuan penuh mungkin gagal. Proses ini bermula semasa mengandung.

Jika anda hamil, anda mungkin perasan perubahan besar dalam saiz bra anda . Tanda transformasi fizikal - lembut, dada bengkak, puting dan areola berubah lebih gelap (bulatan kulit sekeliling puting anda) - adalah petunjuk awal  anda hamil.

Pakar sebelum ini mempercayai perubahan warna areola memberi bantuan visual untuk bayi, tetapi tidak ada bukti untuk menyokong andaian ini. Perunding laktasi Jan Barger memberi alasan, jika dilihat bayi yang baru lahir mencari susu ibunya, mata mereka terpejam rapat! - Owh saya tak lupa pengalaman pertama tersebut.

Satu lagi tanda payudara anda sudah bersedia untuk penyusuan adalah apabila biji di sekitar areola anda kelihatan lebih besar dan lebih ketara, biasanya pada trimester pertama . Biji itu dipanggil kelenjar Montgomery atau Montgomery tubercles . Ia merembeskan minyak bagi melincirkan puting anda dan membantu mencegah pengeringan, rekahan, dan jangkitan apabila anda menyusu.
 
Apa yang berlaku di dalam payudara anda

Apa yang lebih luar biasa daripada perubahan fizikal ini adalah perubahan yang turut berlaku di dalam payudara anda. Pembinaan plasenta (tali pusat) merangsang pelepasan hormon estrogen dan progesteron , yang seterusnya merangsang sistem biologi yang
kompleks yang membolehkan badan menghasilkan susu .

Sebelum hamil,
sebahagian besar payudara anda dibentuk oleh tisu sokongan, kelenjar susu , dan lemak pelindung. Jumlah tisu lemak berbeza-beza di kalangan wanita , itulah sebabnya dada wanita ada pelbagai saiz dan bentuk.

Payudara anda sebenarnya telah bersedia untuk tujuan penyusuan ketika anda berada 6 minggu di dalam kandungan ibu anda. ( Pada masa anda dilahirkan, saluran susu utama - rangkaian saluran untuk mengangkut susu melalui dada - sudah terbentuk. )

Kelenjar susu anda tidak aktif sehingga anda akil baligh. Apabila berlaku kebanjiran hormon estrogen yang berpunca dari kehamilan. ia menyebabkan payudara anda membesar dan membengkak. Apabila mengandung , kelenjar itu menjadi semakin aktif.

Apabila bayi anda dilahirkan, tisu kelenjar anda akan membesar dengan ketara , yang menjadikan payudara anda lebih besar daripada sebelumnya. Setiap payudara mungkin membesar sehingga 1 setengah paun lebih berat!


Terletak di tengah-tengah sel-sel lemak dan tisu kelenjar adalah saluran susu, rangkaian  saluran yang kompleks. Hormon kehamilan menyebabkan saluran susu membesar dari segi saiz dan bilangan.

Saluran susu bercabang kepada saluran yang lebih kecil berhampiran dinding dada yang dipanggil ducts . Pada hujung setiap ducts terdapat satu kelompok kecil, kantung berbentuk gugusan anggur dipanggil alveoli. Satu kelompok alveoli dipanggil lobula; satu kelompok lobula dipanggil lobus. Setiap payudara mengandungi antara 15 dan 20 lobus , dengan satu salur susu untuk setiap lobus. Gugusan lobus ini dinamakan alveoli.

Didorong oleh hormon prolaktin, alveoli menggunakan protein , gula dan lemak daripada  darah anda untuk menghasilkan susu ibu. Kerana itu salah satu petua untuk mengingkatkan pengeluaran susu adalah dengan mengambil set menyusu Shaklee yang mengandungi ESP, protein soya. Satu rangkaian sel-sel di sekeliling alveoli memerah kelenjar dan menolak susu keluar ke ducts, yang membawa kepada saluran yang lebih besar. (Fikir begini, bayangkan 15 hingga 20 saluran susu sebagai straw individu , ada yang bergabung, kira-kira lapan atau sembilan saluran berakhir pada hujung puting anda untuk mengeluarkan susu.)

Saluran susu anda terbina lengkap kira-kira pada trimester kedua, ia adalah fitrah supaya anda boleh menyusu bayi anda walaupun dia lahir pra-matang.
 
Penghasilan Susu Aktif Selepas Bayi Lahir

Anda akan mula menghasilkan susu dalam masa 48-96 jam selepas bersalin. Para ibu akan mendapati penghasilan susu mereka terjadi lebih awal pada kelahiran kedua dan seterusnya berbanding ketika melahirkan anak pertama.

Sebaik sahaja tali pusat iaitu punca penghasilan hormon kehamilan dipotong, paras hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda jatuh mendadak. Pada masa yang sama, tahap hormon prolaktin meningkat. Hormon kelenjar pituitari ini menghantar isyarat kepada badan anda untuk menghasilkan lebih susu untuk bayi anda. (Kajian makmal menunjukkan bahawa prolaktin juga boleh membuat anda berasa lebih " seperti ibu ," itulah sebabnya beberapa pakar memanggilnya hormon keibuan .)

Apabila badan anda bersedia untuk menyusukan anak , ia mengepam lebih banyak darah ke alveoli , menjadikan payudara anda lembut dan penuh. Saluran darah yang membengkak dan bengkak di dalam tisu payudara, ditambah pula dengan susu , ini boleh membuatkan payudara anda berasa sakit dan bengkak , tetapi penyusuan secara kerap dalam beberapa hari pertama akan membantu melegakan sebarang ketidakselesaan.
 
Kolostrum

Pada beberapa hari pertama penyusuan, bayi anda akan menikmati suatu bahan tinggi protein, rendah lemak, dan berkrim dipanggil kolostrum. Kolostrum ini mungkin telah keluar beberapa titis semasa minggu-minggu terakhir kehamilan anda. (
Sesetengah wanita, ia mungkin berlaku lebih awal , mungkin semasa trimester kedua mereka. )
 
"Susu pertama" ini terhasil apabila sel-sel pada pusat alveoli terurai dan mengalir melalui saluran susu ke puting. Cecair mudah dicerna itu penuh dengan antibodi yang unik untuk melawan penyakit dipanggil imunoglobulin yang menguatkan sistem imun bayi anda. Kerana itu jika tiada masalah, its not a good idea untuk terus beri bayi anda susu formula kerana bayi mudah mendapat jangkitan kerana imuniti dan antibodi bayi hanya boleh diperolehi dari susu ibu.
 
Bagaimana susu mengalir dari anda untuk bayi anda
Untuk bayi anda menikmati susu anda , ia mesti  dibebaskan dari dalam alveoli.

Berikut adalah bagaimana ia berlaku: Semasa bayi anda menghisap puting anda, dia merangsang kelenjar pituitari untuk melepaskan hormon oxytocin (serta hormon prolaktin ) ke dalam aliran darah anda. ( Perkara yang sama juga boleh berlaku apabila anda hanya berfikir menyusukan bayi anda atau mendengar tangisan beliau. ) Apabila susu tiba dalam payudara anda, hormon oxytocin menyebabkan sel-sel di sekeliling alveoli yang berisi susu memerah susu untuk keluar.

Susu anda akan dikosongkan ke dalam saluran susu. Apabila bayi anda menyusu, gabungan tekanan pada puting dan areola dan tekanan berlawanan apabila bayi menghisap - disertai pelepasan susu dari dalam yang berpunca dari refleks pelepasan susu - menyalurkan susu terus kepada bayi anda.

Pada hari pertama penyusuan, anda mungkin berasa sedikit kekejangan pada rahim apabila bayi anda menghisap payudara. Ketidakselesaan ringan ini menunjukkan hormon oxytocin sedang membantu untuk mengecutkan rahim anda kembali ke saiz sebelum anda mengandung. (Hormon sama menyebabkan rahim mengecut semasa proses kelahiran .)

Anda mungkin berasa tenang, berpuas hati, dan gembira semasa menyusu. Tidak hairanlah sesetengah orang memanggil oxytocin hormon cinta! Anda juga mungkin merasa mengantuk dan dahaga. Ini menandakan bayi anda merangsang payudara sewajarnya.

Apabila kuantiti susu anda bertambah, penguncupan alveoli yang berisi susu boleh menyebabkan rasa kebas, pedih, panas, atau mencucuk-cucuk di dada anda. Susu anda boleh menitis atau menyembur dengan sendiri. (Jika ini berlaku pada masa yang tidak sesuai, cuba silang tangan anda ke dada, dan kenakan tekanan lembut untuk menghentikan aliran. )
 
Fitrah penyususan, lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak badan anda menghasilkan susu. Ia merupakan satu proses yang menakjubkan. - Credit

Jika anda menghadapi apa-apa masalah dalam tempoh penyususan dan inginkan cadangan supplement. Boleh hubungi saya untuk konsultasi.


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors