11 Faktor Susu Badan Tiba-Tiba Tiada / Berkurang - Pengalaman Orang

Anda bermula baik. Menyusukan anak tanpa gagal dan mematuhi konsep demand vs supply. Tiba-tiba susu anda merundum. Whats wrong bebeh? Anda pelik kenapa susu badan anda tiba-tiba tiada. Anda menggagau google. Pastu anda terjumpa entri ni. Pastu anda baca. Hihihi. Ada banyak faktor yang boleh menghalang penghasilan susu badan. Berikut adalah antara pengalaman orang dan faktor yang menyebabkan susu badan mereka drop. Adakah faktor-faktor tersebut ada dalam diri anda? Cuba semak...

1 - Tidak minum air masak yang mencukupi - Berapa banyak adalah mencukupi? Minimum 1.5 liter. Bagus jika 2 liter. Nak buat stok EBM wajib 3 liter.


2 - Kurang stimulasi - Jika anda kurang menyusu direct, hormon prolaktin dan oksitoksin mungkin tidak dilepaskan. Jika anda mengepam, jangan fikir berapa hasil yang anda akan dapat, tapi fikirkan saat anda bersama dengan bayi anda. Lihat gambar2 bayi anda untuk stimulate pengeluaran hormon. Jika mengepam, cuba stimulate dahulu sebelum mengepam. Bagaimana cara nak stimulate boleh PM saya.

3 - Minum minuman berkafein - Jika anda minum kopi atau minuman berkafein, ini masanya untuk anda stop dan fokus pada matlamat menyusukan anak sehingga 2 tahun.

4 - Ada penyakit - Mungkin tanpa anda sedar anda mempunyai penyakit yang menyebabkan anda gagal dalam penyusuan walaupun sudah berusaha sedaya upaya. Nasihat saya, segera berjumpa doktor ye..

5 - Perubahan hormon - Jika anda kembali period, ada kemungkinan ia sedikit mengganggu penghasilan hormon penyusuan..its all about hormone after all..teruskan penyusuan supaya hormon penyusuan dapat dihasilkan.


6 - Pengambilan pil perancang - Jika anda ambil pil perancang kerana takut hamil semula dalam masa terdekat, ia mungkin akan mengganggu hormon penyusuan anda. Teknik yang dicadangkan adalah pancut luar atau menggunakan kondom untuk mengawal kehamilan seterusnya.


7 - Stress / Tekanan - Salah satu punca mengapa susu tak terhasil adalah tekanan perasaan. Di sini fungsi B-Complex dalam set menyusu Shaklee memainkan peranan untuk lancarkan aliran darah dan memberi ketenangan perasaan kepada ibu. Belajar untuk menangani stress. Kosongkan fikiran dan isi fikiran dengan musik slow atau bacaan ayat al-quran atau boleh berzikir.


8 - Tidak cukup kalori - Haaa..ibu-ibu janganlah tak cukup makan ye semata-mata nak kurus semula. Ibu perlukan antara 2000 hingga 2600 kalori sehari tau untuk memastikan susu dapat dihasilkan. Nak kurus sambil meyusu boleh ambil Lecithin. Guna ni ada customer turun sampai 15kg dalam 2 bulan tau. So pastikan cukup kalori supaya badan anda tak fikir anda dalam mode kelaparan dan stop production susu. Salah satu cara nak trick badan untuk masalah ni adalah pastikan paras gula dalam darah sentiasa stabil. Rahsianya guna ESP yang rendah index glisemik.

9 - Minuman berkarbonat - Salah satu pengalaman ibu yang susu dia tiba-tiba drop adalah pengambilan minuman berkarbonat secara berlebihan. Perut bayi pun boleh sakit ye jika terlebih minum minuman berkarbonat.


10 - Pam rosak - Jika anda menggunakan pam lama atau 2nd hand, pastikan ganti komponen wear and tear. Mungkin hanya satu alat ganti yang dah haus boleh turn your milk supply up side down.

11 - Masalah demand yang berkurang - Konsep demand vs supply sangat asas. Tanpa memenuhi konsep ini kemungkinan besar penghasilan susu anda akan berkurang. Ini mungkin terjadi apabila anda sudah mula masuk berkerja dan kurang aktiviti direct feeding. pastikan anda mengepam ditempat kerja. Boleh ikut panduan jadual mengepam ketika bekerja.

Jika anda ada mengalami faktor-faktor dia atas, maka anda sudah jelas mengapa susu anda berkurang. Bagi menjayakan penyusuan, selain kalori yang cukup, nutrisi yang lengkap mengikut piramid makanan pun wajib dipenuhi. Jalan pintas adalah mengambil set 3M yang mempunyai nilai nutrisi yang mencukupi dan seimbang seperti piramid makanan. Kita taknak la kan berjaya menyusu 2 tahun tapi badan sendiri kulit kusam, lemah tak bermaya sebab semua zat tubuh digunakan. Jom baca testimoni2 set menyusu 3M dan rasai sendiri perbezaannya.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comments:

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors