Jaundis Atau Sakit Kuning Pada Bayi - Punca, Bahaya, Jenis

Satu perkara yang normal berlaku pada bayi yang baru lahir adalah sakit kuning. Ada faktor mengapa ada bayi yang mengalami sakit kuning dan ada bayi yang tidak mengalami sakit kuning, ada yang sakit kuning sekejap dan ada yang sakit kuning lama. Ini semua bergantung pada latar belakang bayi dan ibu kerana jaundis terbahagi kepada beberapa jenis.
Proses Bilirubin
Jaundis atau sakit kuning merujuk kepada keadaan dimana kulit dan mata berubah menjadi warna kuning disebabkan bilirubin berlebihan dalam darah. Bilirubin adalah produk sampingan hasil pemecahan sel darah merah. Bilirubin akan melalui hati untuk diproses dan dikeluarkan ke hempedu selepas melalui usus.

Jaundis berlaku bila bilirubin terkumpul lebih cepat dari apa yang hati bayi baru lahir mampu proses dan mengeluarkannya dari tubuh. Punca kepada ini termasuk:
  • Bayi menghasilkan bilirubin lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana kitaran sel darah merah yang lebih cepat.
  • Bayi yang baru lahir masih belum matang hatinya maka belum mampu menyingkirkan jumlah bilirubin yang secukupnya dari darah.
  • Terlalu banyak bilirubin yang diserap semula dari usus sebelum tubuh sempat menyingkirkannya melalui najis
Jumlah bilirubin yang terlalu tinggi, kebiasaannya melebihi 25mg boleh menyebabkan pekak, celebral palsy, dan beberapa jenis kerosakan otak lain. Ada juga kes terpencil di mana jaundis menandakan keadaan kesihatan lain seperti jangkitan atau masalah thyroid. 
Stephen Hawking adalah contoh individu dengan celebral palsy
JENIS-JENIS JAUNDIS

Fisiologikal jaundis (normal) - Berlaku kepada kebanyakan bayi baru lahir, jundis jenis sederhana ini berlaku kerana hati bayi yang belum matang dan lambat memproses bilirubin. Ia biasanya muncul pada hari ke2 hingga ke4 dan berlarutan selama seminggu dua.

Jaundis Bayi Pramatang - Berlaku pada bayi pramatang kerana tubuh mereka lebih belum bersedia untuk menyingkirkan bilirubin berlebihan secara efektif. Bayi dengan jaundis pramatang perlu dirawat dengan bacaan bilirubin yang lebih rendah dari bayi matang untuk mengelakkan komplikasi. Bayi tidak cukup berat juga berpotensi jaundis lebih lama.

Jaundis Menyusu Badan - Jaundis juga boleh berlaku apabila bayi tidak mendapat susu badan yang mencukupi. Susu badan mempunyai faktor tumbesaran yang membantu hati bayi cepat matang. Ibu yang merasakan pengeluaran susu tiada perlu segera menanganinya melalui teknik yang betul dan makanan tambahan seperti set menyusu Shaklee.

Jaundis Susu Badan - 1% - 2% bayi yang menyusu badan mengalami jaundis mungkin disebabkan oleh bahan di dalam susu ibunya yang menaikkan paras bilirubin. Contohnya pengambilan jamu yang akan menghalang bilirubin dari dikeluarkan dari tubuh.

Ketidakserasian Kumpulan Darah (Masalah Rh atau ABO) - Jika kumpulan darah anak berbeza dari ibu, tubuh ibu mungkin menghasilkan antibodi yang memusnahkan sel darah merah bayi. Situasi ini boleh menyebabkan bilirubin tiba-tiba terbina dalam darah bayi. Jaundis jenis ini boleh bermula pada hari pertama kelahiran. Masalah Rh boleh menyakibbatkan kesan teruk dari jaundis tetapi masalah ini kini boleh diatasi dengan suntikan Rh immune globin yang akan disuntik ke ibu dalam masa 72 jam kelahiran yang menghalang tubuh ibu dari menghasilkan antibodi yang mungkin membahayakan anak seterusnya.

Pada entri yang akan datang, saya akan kupan pula cara penyakit kuning di kawal, cara mengawal, rawatan, petua dan kesan sampingan bagi setiap pilihan rawatan. Anak saya Zara dulu sebulan kuning. Masa tu belum kenal Shaklee. Kini Aimy pun kuning gak. Dah 12 hari dan menunjukkan perkembangan positif sebab saya berusaha keras menyusukan Aimy. Jaundis Aimy jenis terakhir tu sebab saya darah O dan Aimy darah B. Kakaknya Zara pun darah B. So jika saya boleh cepat hilangkan jaundis Aimy kurang sebulan tidak seperti kakaknya. Itu satu kejayaan bagi saya. Kenapa saya hanya memilih menyusu badan untuk kawal jaundis? nantikan jawapannya dalam entri akan datang..hehe

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors