Buasir ni biasanya tak la menyakitkan. Kegatalan dia yang menguji kesabaran kita. hihihi. Kalau setakat gatal je, boleh tahan lagi. Tapi bila mula berdarah semuanya jadi serba tak kena. Cara terbaik nak menghalang buasir ni mudah je formulanya. Kena pastikan najis korang tu lembut sentiasa. Senang dalam proses membuang nanti..pasti takde terluka. Sebagai rakan anda yang prihatin, saya terangkan enam tips mudah untuk elakkan buasir ni dari mengganggu kehidupan harian anda.
6 Tips Mudah Elak Buasir
1. Diet serat yang cukup
Buasir biasanya berlaku disebabkan permasalahan sembelit (susah buang air besar) yang kerap kita alami. Cara paling mudah untuk elakkan sembelit dengan ubah diet pemakanan kita. Lebihkan serat dalam menu harian. Makanan yang tinggi kandungan serat dapat membantu menghasilkan najis yang lembut. Ni carta pengambilan serat aka fiber sehari bagi tiap individu.
Antara makanan yang tinggi kandungan serat seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran.
Sumber makanan yang tinggi serat termasuk:
- Kekacang seperti kacang merah , kacang hitam, dan kacang panggang
- Bijirin penuh seperti barli, emping bran, oat, dan beras perang
- Sayur-sayuran, seperti kacang hijau, brokoli, dan tauge
- Buah-buahan seperti raspberi, pear, epal, dan pisang
Tips kedua selain makan makanan sihat yang penuh dengan serat, pengambilan air yang mencukupi adalah kunci untuk pergerakan usus yang sihat. Air yang cukup membantu mencegah sembelit dan seterusnya mengurangkan aktiviti mengalir air mata (meneran) semasa membuang air besar. Minum enam hingga lapan gelas setiap hari bukan sahaja melancarkan sistem pencernaan kita tetapi seluruh badan mendapat manfaatnya.
3. Kekal Aktif
Duduk dan berdiri terlalu lama meninggikan lagi risiko buasir berlaku. Ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Tak caya cer korang duduk lama depan lappy memasing. Hihi..kebas punggung duduk lelama ni.
4. Jangan Tahan Buang Air Besar
Ni satu penyakit orang kita.. malas gi membuang. Bila nature call tu..gi la terus ke toilet. Kalau ditangguh, risiko dia buasir la jawabnya. Sebabnya, najis akan jadi kering dan makin susah nak dikeluarkan.
5. Jangan Meneran dengan Kuat
Meneran dengan kuat akan memberi lebih banyak tekanan pada urat dalam rektum. Tekanan yang kuat akan menambahkan lagi bengkak. itu yang jadi punca buasir menyakitkan dan berdarah
6. Pantau Pengambilan Makanan Tambahan
Seandainya korang ada ambil makanan tambahan serat, pastikan korang minum sekurangnya lapan gelas air atau sebarang bentuk cecair yang lain setiap hari. Makanan tambahan tadi boleh juga menyebabkan sembelit berlaku atau pun sembelit yang sedia ada menjadi bertambah teruk.
Okay..sekian tuk tips ringkas tapi penuh bermakna ni. Semoga tips ni boleh membantu kalian semua ye. Mencegah buasir tu lebih utama dari mengubati. Sebab bila simptom ni bertambah tanpa rawatan..kita yang merana sendiri.
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)
Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment