Review YOUTH SKINCARE - Cara Hilangkan SUNBURN dengan Cepat


Sape kat sini pernah kena sunburn teruk kat muka? Paling kerap kena biasa budak-budak sekolah. Sebab diorang selalu kena kawad. Hehe. Ni ramai customer saya order Vita C. Rata di kalangan mereka kulit dah tak macam rupa apa. Kerap sangat berjemur.

Ada customer yg tanya..mcm mana nak hilangkan sunburn? Supplement apa yang sesuai? Hmmm..akak kena tanya korang balik..kulit jadi gelap ke jadi merah-merah?


Sunburn : kulit jadi merah, melecet, mengelupas dan pedih.

Suntan : kulit berubah warna lagi gelap dari biasa.

Dah nampak beza? Sekarang kita cerita camne cara nak cegah dan hilangkan sunburn@suntan ni. Yg kena kawad tu..bertabah ye. Kita tau dah Malaysia ni panas..terik yang amat. Sesetengah tempat tengah hujan skang ni. Akak bg contoh kat Skudai ni je ha. Cuaca pagi mendung tapi x bererti hujan. Sekali mentari muncul semula..dia punya pancaran sang suria memang rasa dipanggang. Terbakar. Paling akak x berkenan kena keluar opis gi site/bank time gini. Nak masuk kereta balik rumah pun jalan laju2. Boleh pengsan ngan haba.

First tips akak nak kongsikan cara hilangkan sunburn
1. sila minum banyak air. Elakkan terhidrat. Sebab panaskan.
2. Jadi sebelum keluar gi mana2, rajinkan diri anda pakai sunscreen.
3. Guna aloe vera atau letak lendir lidah buaya tu. Lagi fresh dan segar petik terus dari pokok. Sebab aloe vera yang jual kat kedai tu high % of alcohol. Boleh pedih kulit. Nak rasa lebih best, letak dalam peti guna masa sejuk.
4. Ni lagi satu, jgn memandai letak bawang putih la, baking soda, bertambah pedih kulit tu.
5. Nak guna bahan kat dapur boleh je. Timun, tomato korang potong-potong. Letak lam peti sat bagi sejuk then baru tepek kat muka.
6. Sila la jumpa doktor kalau dah teruk sangat. Jangan tangguh. Kalau rasa nak buat facial treatment, dipersilakan.

Cara nak hilangkan suntan pula:
1. Kurangkan la aktiviti luar yang xde faedah. Kalau terpaksa keluar juga, pakai sunblock. Min SPF30. YOUTH SKINCARE Shaklee punya moisturizer SPF50.
2. SCRUB penting. Tapi jangan tenyeh kuat sangat.
3. Rajinkan diri buat basic skincare routine.
4. Cuba set Youth skincare shaklee mcm akak kita ni. Dan hasilnya dalam tempoh dua minggu.


Simple je tips kat atas. Harap berguna untuk semua ye. Dan akhirnya wajah akak ni kembali pada rupa yang asal. Dah xde lagi da kesan gelap terbakar tu. Kulit jadi halus licin dan lembut. 

Gambar seterusnya bila konsisten guna lepas 2 bulan. Cantik ke cantik?

Nak lagi cantik? Luaran dicantikkan oleh YOUTH SKINCARE. Dalaman dijaga baik oleh collagen powder. Hasil dia..SUPERB!!!

Produk youth ni berkualiti kerana telah diuji, bebas 1500 bahan kimia yang dipersoalkan, berkesan melalui Skin Age Test. Sangat berbaloi dengan kualiti yang kita dapat. Produk yang selamat dan berkesan.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Hubungi Saya :

FB Syuhana Yusof | 013-3555431 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors