Mengapa Saya Pilih Menyusukan Anak?

Pilihan samada untuk menyusukan anak atau tidak, adalah bergantung sepenuhnya pada si ibu. Secara peribadinya, saya tidak akan sekali kali memaksa para ibu untuk menyusukan anak mereka kerana masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Semasa di tempatkan di wad dulu, kakak di katil sebelah saya memilih untuk tidak menyusukan anaknya. Alasan yang diberikan..susu tiada. Ibu yang lain pula alasannya nanti senang nak bekerja. Ajar anak dari sekarang minum dalam botol (susu formula).
Kelebihan susu ibu berbanding susu formula

Masing2 ada pendapat tersendiri. Bagi saya info berkenaan susu ibu sudah ada di mana2 dan senang untuk didapati. Di klinik kerajaan, di internet, kawan2 seibu, kawan2 sepejabat, kadangkala si ayah pun tahu berkenaan susu ibu ini. Tiada alasan untuk si ibu itu tidak tahu langsung mengenai susu ibu! Pada saya apa yang penting adalah 'passion' pada susu ibu itu. Kesungguhan ibu adalah elemen yang penting dalam menjayakan penyusuan.


Di bawah ini saya senaraikan KENAPA saya PILIH UNTUK BREASTFEED ANAK SAYA

1. Menyusukan anak dengan SUSU IBU adalah hukum yang telah disyariatkan. Ketetapan ini telah disebut dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud
" Para Ibu handaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."

.. maka dengan itu, susu ibu adalah HAK anak.

Walau bagaimanapun, menyusukan anak bukanlah WAJIB tetapi sangat DIGALAKKAN selagi mana kita mampu dan ia tidak memudaratkan si ibu...TETAPI!!!! Memberikan makanan yang terbaik dan memdidik anak adalah WAJIB! Susu ibu adalah makanan yang TERBAIK yang Allah telah ciptakan untuk darah daging anda.

2. Hubungan Emosi.
Hubungan intim antara ibu dan anak merujuk kepada hubungan emosional yang kuat antara seorang ibu dan anaknya. Penyusuan ibu mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak disebabkan sentuhan kulit ke kulit yang berlaku apabila ibu memegang erat dan merenung anaknya semasa menyusu. Pengalaman menyusukan Zara kali pertama dalah kenangan terindah buat saya. Ketika itu baru aya sedar dan faham betapa kasihnya mak saya pada kami. Perasaan kasih sayang itu terbit setiap kali menyusukan anak.

3. Rasa happy bila anak perlukan kita setiap hari..sampai je kat rumah..terus nak bergantung. Benda pertama yang Zara selalu minta...kikiki.

4. Pelaburan TERBAIK.
Penjimatan berganda..saya tak perlu nak spend beli susu formula, botol susu, puting..etc. Anak jarang jatuh sakit, jadi kos perubatan dapat dikurangkan. Lagi satu, kalau nak bagi susu formula ni banyak benda kita kena tengok..sesuai ke dengan anak. Takut cirit ke, sembelit, alahan..

5. Saya x perlu bangun malam untuk buat susu...hehehe..susu ready made..kikiki..tak gitu?

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors