Pengalaman Pertama Breastfeeding

Hari ni nak cerita pengalaman pertama brestfeed. Jadi ibu itu satu nikmat dunia yang tak dapat digambarkan. betapa besar anugerah yang Allah kurniakan. Sejak hari pertama tahu saya hamil, saya dah tekadkan dalam hati..by hook or by crook sy tetap akan menyusukan anak selama mungkin..insya Allah sehingga usianya 2 tahun. Namun diingatkan sebaik-baik mana pun kita merancang..Allah Maha Berkuasa. PerancanganNya lebih teliti.. 
Sejam lepas lahir dan puas dengan kolostrum --> Tidur

Perasaan pertama kali menyusukan Zara memang sukar digambarkan. Perasaan bercampur baur..ade gembira..xpercaya..kelakar pun ada tgk gelagat si anak menyusu. Baru keluar kecik je tengok. Tapi suara menangis nyaring sungguh. Sampai langkau 3 bilik boleh dengar. hihi.

Bila dengar tangisan pertama dia...Allahu Akbar..hilang segala rasa sakit bersalin. Zara nangis je...tp bile nurse letak je kat dada saya..senyap..x nangis da...hahaha

Sebabkan masu tu x berapa banyak lagi ilmu pasal breastfeed ni..jadi saya x gunakan kesempatan tu nak susukan Zara. Rasa rugi sangat. Insya Allah ada rezeki anak kedua nanti saya belajar dari kesilapan.

Lepas semua siap, nurse bagi baby tuk disusukan.. Alhamdulillah..Zara pandai menyusu. Tengok dia tercari-cari...rasa seronok sangat...haha. Bila suakan dia menyusu, terus diam. Fitrah Allah jadikan, bayi yang baru lahir terus tahu dia perlu sedut susu ibu bila disuakan puting tanpa perlu diajar. Hebat bukan?


Dan yang pasti Zara memang suka menyusu badan. Dah setahun 6 bulan...susu ibu masih jadi tumpuan..kikiki..Perasaan? Bahagia..ye saya bahagia menyusukan dia. Im proud of it


Ni Tips Bagi Ibu Yang Nak Menyusukan Anak
  • Peganglah prinsip LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
  • Jadi kerapkan penyusuan (on demand breastfeeding) tak kisahlah orang kata anak asyik menempek dengan kita ke apa, abaikan saja :) Baby yang baru lahir perlukan ibu. Baby tenang apabila dipeluk dan didakap oleh ibu sambil disusukan
  • Tak perlu fikir susu keluar banyak atau tidak, yang penting rangsangan daripada mulut anak akan bantu badan kita mendapat signal ke otak untuk producekan susu 
  • Kerapkan tuam tepi payudara agar salur-salur yang tersumbat (rasa urat berketul-ketul tepi payudara) dapat mengalir lancar (kaedah : urutan sekitar tepi sekeliling payudara dan di tepi ketiak)
  • Mulakan sesi memerah seawal yang boleh.. dua kali sehari, contoh 1x waktu pagi dan 1x waktu petang. Simpan susu pada sesi 1 dan sesi 2 di dalam peti sejuk (pintu biasa). Setelah suhu sama, campurkan susu sesi 2 dengan sesi 1 pada waktu malam dan masukkan di pintu sejuk beku.
Ingat, penyusuan susu ibu itulah MUDAH tetapi TIDAK MUDAH jika tiada ilmu :-)

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors