10 Cara Detox - Bulan Puasa Paling Sesuai

Rasa malas dan tak bermaya? Mempunyai masalah kulit, sakit-sakit badan, atau masalah penghadaman? Menyimpang dari gaya hidup sihat? Sukar turun berat badan? Mungkin sudah tiba masa untuk badan anda nyah toksin. 

Diamalkan  oleh banyak budaya di seluruh dunia berabad-abad lamanya - termasuk sistem perubatan Cina dan ayurveda  - detoksifikasi bermaksud berehat, membersihkan dan memulihkan badan dari luar dan dalam. Detoksifikasi boleh membantu melindungi anda daripada penyakit dan meningkatkan keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan yang optimum dengan mengeluarkan dan menghapuskan toksin, seterusnya memakan makanan yang bernutrisi tinggi.

"Badan mempunyai sistem pemulihan semula jadi sendiri," kata Peter Bennett, ND, pengarah perubatan Helios Clinic di Victoria, BC, dan penulis bersama Stephen Barrie, ND dan Sara Faye, bertajuk Keajaiban Detox Dalam 7-Hari (Prima Health) . "Detoksifikasi mempercepatkan proses itu," jelas beliau. 


Bagaimana badan nyah toksin? 

Pada asasnya, detoksifikasi bermakna pembersihan darah. secara asasya dengan menghapuskan kekotoran dari darah melalui hati, di mana toksin akan diproses untuk disingkirkan. Badan juga menyingkirkan toksin melalui buah pinggang, usus, paru-paru, limfa dan kulit. Walau bagaimanapun, apabila sistem ini terganggu, kekotoran tidak ditapis dengan betul dan setiap sel dalam badan boleh terjejas. 
Proses detox boleh membantu proses pembersihan toksin secara semula jadi dengan: 

1) Merehatkan organ-organ dengan berpuasa; 
2) Merangsang hati untuk menyingkirkan toksin dari badan;
3) Menggalakkan penyingkiran toksin melalui usus, buah pinggang dan kulit;
4) Memperbaiki peredaran darah dan
5) Memperbaiki sistem penyerapan nutrisi di usus 

"Detoxification works because it addresses the needs of individual cells, the smallest units of human life," kata Bennett. Nyah toksin diperlukan oleh setiap sel kita.

Bagaimana nak tahu bila sebenarnya kita perlu menyahtoksin? 

Bennett mencadangkan semua orang patut detox sekurang-kurangnya sekali setahun. Detoksifikasi jangka pendek atau membersihkan sistem badan secara umumnya selamat, malah kajian saintifik menunjukkan bahawa detox sangat bermanfaat untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, Bennett tidak menyarankan detoksifikasi untuk ibu-ibu menyusu, kanak kanak, pesakit kronik, kanser atau batuk kering. Dapatkan nasihat doktor untuk teknik nyahtoksin yang tepat untuk anda. 

Hari ini, kandungan toksin dalam persekitaran kita lebih tinggi dari sebelumnya. Termasuk sumber makanan dan udara. Banyak makanan bukan lagi semulajadi tetapi diproses dikilang dengan bahan tambahan supaya produk itu tahan lama. Udara yang disedut juga semakin hari semakin tumpat dengan toksin dengan bertambahnya jumlah kenderaan di jalanraya yang membebaskan gas beracun. 

Kerana itu walaupun kita hanya kerja pejabat tetapi kita sentiasa letih dan lesu. Atas faktor faktor ini, adalah penting untuk kita faham dan sedar keperluan menyahtoksin," kata Linda Page, ND, Ph.D., iaitu pengarang Detoksifikasi (Healthy Healing Publications). Page mengesyorkan detoksifikasi perlu jika ada gejala seperti kelesuan tanpa sebab, sentiasa rasa malas, kulit gatal, alahan atau jangkitan tidak serius, lingkaran hitam di bawah mata; perut buncit walaupun anda kurus, masalah haid, atau kekeliruan mental. 

Bagaimana nak bermula? 

Pertama, kurangkan pertambahan toksin ke dalam badan anda. Jangan mengambil alkohol, kopi, rokok, gula dan lemak tepu, semua ini toksin dan menghalang proses penyembuhan anda. Selain itu, anda juga perlu mengurangkan penggunaan pembersih isi rumah  dan  produk penjagaan kesihatan peribadi (pencuci, syampu, deodoran dan ubat gigi)yang berasaskan kimia, dan menggantikan alternatif semula jadi. 

Satu lagi penghalang kepada kesihatan yang baik adalah tekanan. Tekanan akan menyebabkan badan melepaskan hormon tekanan ke dalam sistem tubuh. Walaupun hormon ini boleh memberikan " pelepasan adrenalin" untuk meningkatkan kepekaan dan tindak balas tubuh seperti dalam lumba lari, dalam jumlah yang besar hormon ini boleh mewujudkan toksin dan melambatkan enzim detoksifikasi di dalam hati.  

Oleh yang demikian, selain menyahtoksin badan anda, anda juga perlu menyah tekanan dalam hidup anda. Solat,Yoga, Qigong dan meditasi adalah cara mudah dan berkesan untuk melegakan tekanan dengan menentukan semula reaksi fizikal dan mental apabila berdepan tekanan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian.

Program detox mana yang terbaik untuk anda? 

Terdapat program dan resipi detoksifikasi, tetapi ia bergantung kepada keperluan individu. Banyak program mengikut "jadual 7-hari" kerana seperti yang dijelaskan Bennett, "ia mengambil sedikit masa untuk badan  membersihkan darah."  

Program tersebut melibatkan puasa selama dua hari, diikuti dengan diet ketat selama 5 hari untuk membolehkan sistem pencernaan berehat. Beliau juga menasihatkan pengambilan makanan tambahan, herba, senaman, dan amalan seperti menggosok kulit kering dan terapi hidro untuk meningkatkan keberkesanan proses memulihkan badan. 

Page mengesyorkan pengambilan jus untuk 3-7hari (minum jus buah tanpa gula, sayur-sayuran yang segar dan air masak) sebagai satu cara yang berkesan untuk melepaskan toksin. 

Lain lain program detoksifikasi dan pembersihan semulajadi yang popular:
  • Pakej makanan tambahan, yang biasanya mengandungi serat, vitamin, herba dan mineral. Terdapat beberapa produk yang mudah dan selamat di pasaran. Produk Shaklee paling popular untuk detoksifi ialah Herb-Lax dan Alfalfa.
  • Rutin hanya meminum air sehari dalam seminggu - amalan pelbagai budaya kuno.
10 cara untuk membantu badan anda menyahtoksik 

Selepas program detoksifikasi, anda boleh membersihkan dalaman anda setiap hari melalui diet, makanan tambahan dan amalan gaya hidup. 

1. Makan banyak serat termasuk beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran organik . Ubi kayu, lobak, , kubis, brokoli, spirulina, chlorella, dan rumpai laut adalah contoh makanan yang sangat baik untuk tujuan detoksifikasi. 

2. Membersih dan melindungi organ hati dengan mengambil herba seperti akar dandelion, burdock dan milk thistle, atau minum teh hijau. Shaklee menawarkan Chinch Energy Tea Mix untuk tujuan tersebut.

3. Ambil vitamin C, yang membantu tubuh menghasilkan glutation, sebatian dalam organ hati yang menyingkirkan toksin. Shaklee menawarkan Sustainable Vita C dan Chewable Vita C

4. Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari. 

5. Tarik nafas dalam dalam untuk membolehkan oksigen beredar lebih baik dalam sistem badan kita.

6. Mengubah tekanan emosi dengan menekankan emosi positif. 

7. Amalan terapi hidro dengan mandi air panas selama lima minit, alirkan air di belakang anda. Diikuti dengan air sejuk selama 30 saat. Lakukan tiga kali, dan kemudian tidur selama 30 minit. 

8. Berpeluh dalam sauna supaya badan anda boleh menghapuskan bahan buangan melalui peluh. Boleh juga berpeluh secara tradisional dengan bersenam atau melakukan kerja berat.

9. Berus kulit anda atau cuba pelekat detox tapak kaki  / terapi rendaman kaki untuk membuang toksin melalui liang kulit. Berus khas boleh didapati di farmasi.

10. Apakah cara paling utama untuk menyahtoksik? "Bersenam!" kata Bennett. "Yoga atau melompat-tali salah satu caranya. Satu jam setiap hari." Juga cuba Qigong, sejenis senaman berasaskan seni mempertahankan diri termasuk latihan khusus untuk detoksifikasi, serta banyak senaman lain dengan manfaat kesihatan tertentu seperti joging, angkat berat, berenang, dan lain lain.


Senarai produk Shaklee yang berkesan untuk proses nyah toksin. Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card). Anda boleh uncheck box untuk produk yang anda tidak mahu dari senarai pembelian.






Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors