Menyusu badan atau susu formula?
Memilih sama ada untuk menyusu badan atau memberi susu formula bayi anda adalah salah satu daripada keputusan awal ibu yang sedang mengandung. American Academy of Pediatrics (AAP) seperti pertubuhan-pertubuhan lain iaitu Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Persatuan Dietetik Amerika (ADA), dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan susu ibu sebagai yang terbaik untuk bayi. Penyusuan membantu pertahanan terhadap jangkitan, mencegah alahan, dan melindungi bayi daripada beberapa penyakit kronik.
AAP mencadangkan bayi memerlukan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama. Selain itu, AAP menggalakkan penyusuan sehingga sekurang-kurangnya 12 bulan, dan lebih lama jika kedua-dua ibu dan bayi mahukannya.
Walaupun pakar-pakar percaya bahawa susu ibu adalah pilihan pemakanan yang terbaik untuk bayi, tidak semua wanita berjaya memberi susu badan kepada bayi mereka. Bagi kebanyakan wanita, keputusan untuk menyusu badan atau susu formula adalah berdasarkan tahap keselesaan, gaya hidup, dan situasi penyakit tertentu yang perlu dipertimbangkan.
Bagi ibu-ibu yang tidak dapat atau yang membuat keputusan untuk tidak memberi susu badan, susu formula bayi adalah alternatif yang sesuai. Sesetengah wanita berasa bersalah jika mereka tidak dapat menyusukan bayi. Hubungan ibu dengan bayi tidak akan terjejas. Lagipun, sama ada melalui susu ibu atau susu formula, masa menyusu adalah masa yang penting dalam hubungan antara ibu dan bayi.
Keputusan sama ada untuk menyusukan atau memberi susu formula kepada bayi anda adalah satu keputusan yang sangat peribadi. Tetapi ada beberapa perkara yang mungkin anda mahu pertimbangkan kerana anda pastinya mahu membuat keputusan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Mengenai Penyusuan Badan
Memberi susu badan adalah satu pengalaman yang menarik untuk kedua-dua ibu dan bayi. Ia memberikan khasiat yang sesuai serta pengalaman dan ikatan istimewa yang mana sangat dihargai oleh ibu yang menyusu badan bayinya.
Berikut adalah beberapa manfaat susu ibu:
Melawan penyakit. Antibodi yang dipindahkan dari seorang ibu kepada bayinya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit, termasuk:
- Jangkitan telinga
- Cirit-birit
- Jangkitan pernafasan
- Meningitis
Faktor lain yang membantu melindungi bayi daripada jangkitan adalah susu ibu meningkatkan sistem imun bayi dengan meningkatkan halangan kepada jangkitan dan mengurangkan pertumbuhan organisma seperti bakteria dan virus.
Susu ibu adalah sangat bermanfaat untuk bayi pra-matang dan juga boleh melindungi kanak-kanak daripada:
- Alahan asma
- Diabetes
- Obesiti
- Sindrom kematian bayi secara mengejut (SIDS)
Dari bancian, bayi menyusu badan jarang dijangkiti atau dimasukkan ke hospital berbanding bayi yang diberi susu formula.
Pemakanan lengkap dan mudah dihadam. Ia dipanggil "makanan yang sempurna" untuk sistem penghadaman bayi. Komponen susu badan iaitu - laktosa, protein (pati dan zat), dan lemak - mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang belum matang.
Dari bancian juga, bayi menyusu badan kurang mempunyai masalah penghadaman berbanding bayi yang diberi susu formula. Susu ibu lebih mudah dicerna lantas mengurangkan risiko cirit-birit atau sembelit.
Susu ibu juga secara semulajadi mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Bagaimanapun susu ibu tidak mengandungi beberapa jenis vitamin D. Vitamin D merupakan kumpulan vitamin yang larut dalam lemak prohormon, 2 bentuk utamanya adalah vitamin D2 (atau ergokalsiferol) dan vitamin D3 (atau kolekalsiferol). Vitamin D juga merujuk pada metabolit dan analogi lain dari bahan ini. Vitamin D3 dihasilkan di dalam kulit yang terdedah kepada cahaya matahari, terutama sinaran ultraungu B.
Walau bagaimanapun, pendedahan cahaya matahari meningkatkan risiko kerosakan kulit, jadi ibu bapa dinasihatkan untuk mengurangkan pendedahan kecuali 10 minit pada awal pagi dan petang ketika suhu rendah. Vitamin D berperanan dalam penyerapan kalsium . Tanpanya kalsium tidak dapat diserap secara optimum. Hasilnya, AAP mengesyorkan bahawa semua bayi yang menyusu mula menerima vitamin D tambahan dalam tempoh 2 bulan pertama dan berterusan sehingga bayi menggunakan susu formula yang diperkukuhkan dengan vitamin D atau susu ibu (selepas 1 tahun).
Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) mengawal selia syarikat formula agar cuba untuk memastikan mereka menyediakan semua nutrien yang perlu (termasuk vitamin D) dalam formula mereka. Formulasi komersial cuba untuk meniru bahan-bahan dalam susu ibu, tetapi belum lagi mampu menyaingi gabungan dan komposisi susu ibu dengan tepat. Mengapa? Kerana susu ibu adalah bahan hidup yang dibuat oleh setiap ibu untuk bayi mereka, ia suatu proses yang tidak boleh ditiru di sebuah kilang!
Percuma. Susu ibu adalah percuma, manakala kos untuk susu formula bertambah seiring usia. Oleh kerana antibodi dan imuniti disalurkan kepada mereka melalui susu ibu-ibu mereka, bayi yang menyusu badan jarang jatuh sakit berbanding bayi yang menerima susu formula. Sebagai contoh, penyelidik telah menemukan bayi yang menyusu secara eksklusif mempunyai kadar rendah jangkitan telinga. Bermakna mereka kurang ke klinik, yang boleh ditafsirkan sebagai kurang kos perubatan dan komitmen ibu untuk meninggalkan tempat kerja.
Citarasa yang berbeza. Seorang ibu yang menyusu badan biasanya memerlukan 500 kalori tambahan setiap hari, bermakna dia perlu makan pelbagai jenis makanan yang seimbang. Ini menghasilkan citarasa yang berbeza pada susu ibu-ibu mereka, susu mempunyai rasa yang berbeza bergantung kepada apa yang si ibu telah makan!. Apabila terbiasa dengan rasa yang berbeza, bayi lebih mudah menerima makanan pepejal.
Memudahkan. Susu ibu juga lebih segar dan mudah didapati berbanding susu formula yang terpaksa merata mencari apabila kehabisan stok. Bagi wanita yang menyusu, dia tidak perlu bangun untuk memanaskan botol di tengah-tengah malam :-), dia hanya perlu mengiring ke arah bayinya sahaja dan mendapat tidur yang lebih berkualiti. Ibu yang menyusukan bayi berpeluang menjadi aktif dan keluar berjalan jalan kerana mereka tahu bekalan susu untuk anak mereka sentiasa ada dan tersedia. Sangat fleksible.
Pencegahan obesiti. Beberapa kajian mendapati bahawa susu ibu boleh membantu melindungi kanak-kanak dari obesiti.
Bayi yang lebih bijak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
Kajian di United Kingdom Kajian ke atas murid
Kajian di Ohio
Sentuhan "kulit ke kulit". Ramai ibu-ibu menyusu badan benar-benar menikmati pengalaman ikatan begitu rapat dengan bayi mereka. Dan sentuhan kulit ke kulit boleh meningkatkan sambungan emosi antara ibu dan bayi.
Berfaedah untuk ibu juga. Keupayaan untuk memberi makan bayi juga boleh meningkatkan keyakinan ibu untuk menjaga anaknya. Penyusuan juga membakar kalori dan membantu mengecutkan rahim, jadi ibu-ibu menyusu badan mungkin boleh cepat kembali ke bentuk pra-kehamilan dan berat badan ideal mereka. Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa memberi susu badan membantu mengurangkan risiko kanser payudara, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kardiovaskular, dan juga boleh membantu mengurangkan risiko rahim dan kanser ovari. Dalam satu kajian jangka panjang Institut Kebangsaan Inisiatif Kesihatan Wanita, wanita yang menyusukan sekurang-kurangnya 7 hingga 12 bulan selepas melahirkan anak mempunyai risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah.
Cabaran Menyusu Badan.
Walaupun ia adalah pilihan makanan yang terbaik untuk bayi dan si ibu, ibu muda akan menghadapi masalah yang sama untuk menyusu badan. Walaupun ia semudah ABC, kadangkala ia boleh menjadi sangat mencabar. Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan banyak kesabaran dan ketekunan untuk membiasakan diri dengan rutin penyusuan. Tetapi semua usaha itu adalah berbaloi dalam jangka masa panjang - untuk kedua-dua ibu dan bayi.
Biasanya perkara yang dibimbangi oleh ibu-ibu yang baru, terutamanya dalam tempoh beberapa minggu dan bulan pertama, mungkin termasuk:
Keselesaan peribadi. Seperti mana-mana kemahiran baru, ramai ibu-ibu berasa tidak selesa dengan penyusuan pada mulanya. Tetapi dengan didikan yang mencukupi, sokongan, dan amalan, ramai ibu dapat mengatasi masalah ini. Asasnya, menyusu badan sepatutnya tidak menyakitkan jika si ibu menerima bantuan dan bimbingan.
Sakit disedut adalah perkara biasa bagi minggu pertama hingga 10 hari, dan hanya berlangsung kurang daripada satu minit pada setiap sesi. Tetapi jika penyusuan menyakitkan sepanjang tempoh penyusuan, atau jika puting atau dada sakit berterusan, adalah lebih baik untuk si ibu mendapatkan bantuan daripada pakar laktasi atau doktor mereka. Biasanya, ia hanya memerlukan teknik yang tepat sahaja, tetapi kadang-kadang sakit boleh bermaksud sesuatu yang lain sedang berlaku, seperti jangkitan.
Masa dan kekerapan penyusuan. Tidak dinafikan menyusu badan memerlukan komitmen masa yang tinggi dari ibu. Tambahan lagi, banyak perkara yang perlu lakukan. Sesetengah wanita mungkin bimbang bahawa menyusu badan akan menjadikan ia sukar bagi mereka untuk bekerja, menjalankan urusan, tugasan, atau perjalanan kerana jadual penyusuan dan keperluan untuk mengepam susu di siang hari. Masalah ini boleh diatasi jika mendapat khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman.
Selain itu bayi yang menyusu perlu menyusu lebih kerap berbanding bayi yang diberi susu formula, kerana susu ibu lebih cepat dihadam dibandingkan dengan susu formula. Untuk beberapa minggu pertama, si ibu mungkin merasakan dia diperlukan untuk setiap dua atau tiga jam.
Ia boleh meletihkan, tetapi apabila sudah serasi (biasanya pada kira-kira sebulan), ahli-ahli keluarga yang lain atau penjaga mungkin dapat membantu dengan memberi bayi susu dipam jika ibu perlu berehat atau akan kembali bekerja. Tidak lama kemudian, bayi akan kurang kerap menyusu dan akan tidur sepanjang malam (biasanya selepas kira-kira 3 bulan). Tambahan pula, dengan sedikit penjadualan dan pengurusan masa, ia menjadi lebih mudah untuk bekerja di luar jadual menyusu atau mengepam.
Diet. Wanita yang sedang menyusu badan perlu mengambil berat akan apa yang mereka makan dan minum, kerana ia akan disalurkankan kepada bayi melalui susu ibu. Sama seperti semasa mengandung, wanita menyusu perlu mengelakkan ikan yang tinggi kandungan merkuri ( ikan yu, ikan todak, ikan mersuji/layar, ikan tuna), dan menghadkan pengambilan ikan yang rendah kandungan merkuri (Kerang, Ikan salmon, Tiram, Ketam, Ikan Keli, Ikan Bilis). Jika seorang wanita meminum alkohol, sejumlah kecil boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Dia perlu menunggu untuk menyusu sekurang-kurangnya 2 jam selepas pengambilan alkohol untuk mengelakkan masalah ini. Pengambilan kafein hendaklah dikawal iaitu tidak melebihi 300 miligram (kira-kira satu hingga tiga cawan kopi biasa) sehari kerana ia boleh menyebabkan masalah seperti kegelisahan dan keresahan pada sesetengah bayi. Sesetengah bayi yang cukup sensitif terhadap kafein akan mempunyai masalah walaupun dengan jumlah yang kecil.
Penyakit semasa mengandung, ubat-ubatan, dan pembedahan payudara. Penyakit seperti HIV dan AIDS atau yang melibatkan kemoterapi atau rawatan dengan ubat tertentu boleh membuatkan penyusuan tidak selamat. Si ibu perlu menyemak dengan doktor atau pakar laktasi jika dia tidak pasti sama ada dia harus menyusu badan dengan situasi perubatannya. Si ibu perlu sentiasa menyemak dengan doktor tentang keselamatan mengambil ubat dan herba.
Ibu-ibu yang telah menjalani pembedahan payudara, mungkin mempunyai masalah dengan bekalan jika saluran susu mereka telah terputus. Dalam keadaan ini, seorang wanita perlu berbincang dengan doktor mengenai masalah itu dan berhubung dengan pakar laktasi.
Susu Formula
Walaupun menyusu badan dianggap pilihan pemakanan yang terbaik untuk bayi, tetapi ia tidak semestinya sesuai untuk semua ibu. Susu formula bayi adalah alternatif yang berkhasiat selepas susu ibu, ia juga mengandungi beberapa vitamin dan nutrien yang mana bayi menyusu badan perlu dapatkan daripada makanan tambahan.
Dikilangkan di bawah keadaan bebas kuman, susu formula cuba untuk meniru susu ibu menggunakan gabungan protein, gula, lemak, dan vitamin yang kompleks dimana ia hampir mustahil untuk dihasilkan di rumah. Jadi, jika anda tidak menyusu badan bayi anda, adalah penting untuk anda menggunakan susu formula yang dikomersialkan dan tidak cuba untuk menghasilkannya sendiri.
Selain masalah kesihatan yang boleh menghalang penyusuan, bagi sesetengah wanita, menyusu badan mungkin terlalu sukar untuk dilakukan atau memberi tekanan kepada mereka.
Berikut adalah beberapa sebab lain wanita mungkin memilih untuk memberi susu formula:
Kemudahan. Ibu bapa atau penjaga yang lain boleh memberi bayi susu botol pada bila-bila masa (walaupun manfaat ini juga terguna pakai bagi wanita yang mengepam susu mereka). Ini membolehkan ibu untuk berkongsi pengalaman menyusukan anak dan membantu suami beliau berasa lebih terlibat dalam proses memberi makan dan ikatan kekeluargaan yang datang seiring dengan proses itu.
Fleksibiliti. Apabila bekalan susu sudah disediakan, si ibu boleh meninggalkan bayi dengan penjaga dan tahu bahawa penyusuan si manja terjaga (sudah menjadi trend bayi menyusu badan juga menerima stok EBM). Tidak terikat dengan keperluan mengepam mengikut jadual di waktu pejabat. Si ibu juga tidak perlu mencari tempat khusus untuk menyusu di khalayak ramai. Walau bagaimanapun, jika si ibu berjalan jauh bersama bayi, dia mungkin perlu menyediakan botol, air panas, dan bekalan susu dan membancuhnya jika anak kelaparan. Masalah jangkitan kuman mungkin berlaku jika tidak disteril dengan betul.
Masa dan kekerapan penyusuan. Kerana susu formula lambat dihadam berbanding susu ibu, bayi yang diberi susu formula selalunya memerlukan kekerapan penyusuan yang lebih rendah berbanding bayi menyusu badan.
Diet. Wanita yang memilih untuk memberi susu formula tidak perlu bimbang tentang apa yang mereka makan dan minum yang boleh menjejaskan bayi mereka.
Cabaran Memberi Susu Formula
Seperti menyusu badan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan untuk memberi susu formula.
Pengurusan dan persediaan. Susu formula perlu disediakan menggunakan air yang telah dimasak, atau air ditapis yang disijilkan selamat untuk diminum. Susu formula yang telah dibancuh perlu terus digunakan atau disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh satu jam selepas dibancuh. Jika lebih dari tempoh itu, ia perlu dibuang. Dan jika bayi anda tidak menghabiskan semua susu dalam botol, buang bakinya dan jangan disimpan.
Kekurangan antibodi. Antibodi yang terdapat dalam susu ibu tidak boleh didapati di dalam susu formula. Ini bererti susu formula tidak memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan dan penyakit seperti yang ditawarkan susu ibu .
Perbelanjaan. Susu formula boleh jadi membebankan kewangan. Susu formula khusus (iaitu, soya dan hypoallergenic) lebih mahal - kadang-kadang jauh lebih mahal daripada susu formula asas. Pada tahun pertama kehidupan, kos susu formula paling murah biasanya mencecah RM750 untuk 6 bulan pertama dan keseluruhan RM1500 untuk tahun pertama. Apabila meningkat usia, bayi akan memerlukan susu yang lebih banyak dan kos menyusu akan meningkat seiring pertambahan usia.
Alahan susu. Bayi yang diberi susu formula mungkin mempunyai masalah sembelit dan kembung perut.
Tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Teknologi masih belum mampu menandingi susu ibu yang kompleks, dimana ia berubah mengikut keperluan bayi.
Apa pun pilihan pemakanan yang anda pilih, pastikan anda berbincang dengan doktor tentang pilihan yang ada untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Diulas oleh: Joseph DiSanto, MD, dan Karin Y. DiSanto, IBCLC
Tarikh Semakan: Januari 2012
Klik SINI jika anda perlukan bantuan untuk menyusu badan. Kami
menyediakan pelbagai pakej yang dapat membantu anda memberi yang terbaik
buat tersayang.
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun
genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu
menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan
menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita
kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu
menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang
tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya
(suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang
telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua
tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu
menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila
kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah
sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."
(Al-Baqarah 2:233)
Sumber
http://kidshealth.org/parent/growth/feeding/breast_bottle_feeding.html#
https://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin_D
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)
Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.
0 comments:
Post a Comment