Kesan Sampingan Vitamin Shaklee

Satu soalan yang kerap saya terima adalah "Shaklee ni ada kesan sampingan tak?". Soalan tu normal. Tiada salah pun pada soalan tu. Sebab jenama Shaklee boleh kata baru la juga kat Malaysia. Kita membesar dengan menggenali vitamin sintetik termasuk saya. Saya dulu amalkan B-Complex sintetik. Macam mana nak tau tu vitamin sintetik? Kalau dalam botol ada klorida kontang / silica gel..ala yang peket kecil dalam dia ada biji-biji tu yang bertujuan nak serap lembapan. kalau ada tu vitamin sintetik la tu. Sebab vitamin sintetik mudah rosak dan banyak guna bahan tiruan.
Gambar Hiasan
Realiti di atas adalah antara sebab kebanyakan orang takut untuk mengambil supplement. Alasan ini jugalah yang menjadikan mereka tidak konsisten bila consume vitamin dan wujud golongan anti-supplement. Hmm..bukanlah salah mereka apabila maklumat yang mencukupi tidak diperolehi mereka. Setiap orang berhak mempunyai pendapat dan pilihan sendiri.


Vitamin boleh memberi kesan sampingan jika :-

1. Pengambilan vitamin melebihi dos yang disyorkan. Vitamin larut lemak umpamanya jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi. Vitamin C pula jika diambil lebih 2000mg sehari boleh menyebabkan cirit-birit. So jika follow dos pada label insyaAllah selamat dan berkesan.

2. Pengambilan yang banyak (kalsium) dalam satu masa juga boleh membebankan fungsi buah pinggang lebih-lebih lagi bila kurang minum air. Seeloknya jangan lebih 600mg dalam 1 masa. Kerana itu Ostematrix Shaklee sebiji 250mg. Boleh diambil 2biji sekali makan.

3. Kurang minum air, ini adalah kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Jika anda makan vitamin C tetapi kurang air, maka ia ditandai dengan batuk. Vitamin larut air memerlukan air yang mencukupi untuk larut. Minum 200ml / segelas kecil setiap sejam. Jika anda ambil mana-mana supplement atau tak memang air ni wajib 8 gelas sehari. Lagi la kan kalau ambil supplement. Biasanya jika kurang minum air, kesan healing crisis akan lambat hilang.80% pengguna yang kurang mendapat kesan optimum disebabkan disiplin meminum air kosong 3 liter sehari yang kurang.

4. Salah faham. Contohnya selepas pengambilan vitamin B-Complex, air urin akan berwarna lebih pekat. Itu normal dan bukan kesan sampingan.Perubahan warna urin bergantung kepada jenis Vitamin B yang anda ambil, tak kiralah apa2 brand sekalipun, termasuklah Shaklee. Vitamin seperti Vitamin B1 (thiamine), Vitamin B3 (niacin) dan juga Vitamin B6 (Pyridoxine) dikenali sebagai berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tiada perubahan ketara dalam warna urin anda. Tapi, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin menjadikan urin anda berwarna jingga / kuning terang.

5. Pengambilan vitamin sintetik (dalam botol ada silica gel) untuk jangka panjang dibuktikan melalui penyeledikan memberi lebih kesan buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Shaklee 100% semulajadi! Kerana itu anda tidak berjumpa silica gel dalam botol Shaklee sepertimana dalam beras, tepung, biskut.

6. Faktor lain antaranya mencampur terlalu banyak produk dalam 1 masa atau menggunakan produk yang tidak selamat diguna bersama. Seeloknya gunakanlah sesuatu produk itu mengikut konsultasi pengedar dan dalam kes penjagaan kesihatan, banyak bukan bererti bagus. Sebaliknya produk yang berkesanlah yang bagus. Lately Shaklee terpalit dengan pelbagai fitnah. Bila diselidiki, rupa-rupanya pesakit sebenarnya mengambil supplement jenama lain sekali tetapi tidak dinyatakan. Kes ni berlaku pada Cikgu Mariyana yang menjual ubat kurus dan kes pelajar jururawat yang kantoi banyak supplement tempatan pelbagai jenama dalam lokernya. Jenama lain yang tiada kredibiliti kualiti, tiada research usah la berani pakai ye.

7. Pengguna mempunyai alahan atau penyakit seperti lupus yang tidak boleh menerima sesetengah produk. Maka adalah penting anda mengenali tubuh anda dan memaklumkan pengedar apa yang anda alah. Contoh macam pelanggan saya awal2 dah bagitau dia alah minyak ikan. So tidak lah saya suggest dia ambil Omega Guard walaupun banyak manfaat. Selain itu jika pengguna mempunyai cyst atau toksin tinggi, mereka akan melalui fasa dimana tubuh memberi signal mereka mempunyai penyakit tersebut kerana Shaklee bertindak mengeluarkan toksin dan mengaktifkan fungsi sebenar tubuh.

8. Cara guna tidak betul kerana tidak mendapat guide yang betul. Sama ada beli dari premis atau kiosk tanpa khidmat nasihat percuma berterusan atau beli dari ahli yang menggunakannya untuk diri sendiri tanpa study mengenai produk. Sebagai contoh vitamin C perlu diambil pada waktu pagi jika kulit jenis berminyak, jika diambil waktu malam kemungkinan tumbuh jerawat. Boleh jadi ingin hilangkan jerawat, tetapi dicadangkan penjual ambil vitamin C berbanding vitamin E, walhal vitamin E lah yang terpenting jika ingin hilangkan jerawat. 

9. Pengambilan caffein setiap hari. Saya ada kenal seorang pelanggan yang ambil Lecithin dan Omega selama hampir setahun tetapi tidak berkesan. Kemudian dia cuba puasa sebulan dari minum kopi dan teh dan tiba-tiba beratnya turun 6kg secara ajaib. Kerana apa? Kerana caffein menghalang penyerapan nutrisi tak kira dari supplement mahupun makanan sebenar.

MAKA DENGAN ITU...NAK DAPATKAN KESIHATAN OPTIMUM.. PERKARA DI ATAS SEWAJARNYA DIELAKKAN! 

Anda harus mendapatkan konsultasi dari pengedar dengan sebaiknya sebelum membeli. Itu yang terbaik. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari saya bila-bila masa yang anda suka jika menjadi pelanggan saya. Tugas saya adalah study study dan study mengenai produk yang saya jual. Jika entri ini tidak membantu, anda mungkin maksudkan Healing Crisis selepas pengambilan makanan tambahan.

Kalau kita sebut tentang supplement SHAKLEE ni..mesti terfikir betul ke boleh beri KESAN SAMPINGAN..?
Jawapannya YA! Tepat sekali. Kesan sampingan bagaimana tu? Kebanyakan pelanggan kami tak sangka beli sesuatu set tu untuk masalah lain. Tapi kesan lain pula yang dapat. Contohnya beli set menyusu nak tambah susu. Tapi kesan sampingan dia badan jadi bertenaga tak penat, kulit makin mulus, lembut, cantik dan cerah, resdung hilang, rambut gugur tiada lagi malahan berat badan turun..haa gitu la kesan sampingan dia ;-) Kesan sampingan ini diakui ramai termasuk saya!

KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :
  1. Badan rasa lebih bertenaga kecuali mereka yang kurang air maka badan akan menjadi semakin letih kerana kepekatan nutrisi yang tinggi dalam tubuh.
  2. Perasaan yang gembira dan mood yang lebih stabil kerana aliran darah lancar.
  3. Falsafah Shaklee adalah membina kesihatan berbanding merawat. Sama konsep seperti mencegah lebih baik dari mengubati. Pengguna akan sedar dirinya akan kurang jatuh sakit berbanding sebelum menggunakan Shaklee
  4. Badan terasa ringan dan cergas kerana toksin dalam tubuh dapat dikeluarkan
  5. Tampak seperti bunga segar yang disirami dan dibajai dengan baik kerana supplement merupakan makanan tambahan dan ianya nutrisi, ibarat baja, ia menyegarkan tubuh pengguna
  6. Awet muda apabila digunakan untuk tempoh panjang. Dibuktikan oleh testimoni di bawah
Buktinya pada testimoni pengguna tegar Shaklee untuk tempoh lebih 20 tahun. Nampak perbezaannya?
 Mary and Her Sister are Identical Twins. Mary Anderson from Evansville, Indiana has been a regular user of the entire line of Shaklee products for over 20 years. Mary’s sister rarely uses Shaklee products preferring to use products made by other companies. Even though they were born with the same genetic code, Mary has more energy, feels better, looks younger and is healthier than her non-Shaklee twin sister. Mary has “unbounded energy” at age 69. Mary is very active with her church and does volunteer work. She is President of her local Republican Women’s Organization.

Everyone thinks this mother of 4 and grandmother of 6 teenagers is younger than 69! Mary’s husband is 77 and he uses Shaklee products, too. “No one ever guesses his age, either!”

Here is Mary and her twin sister at age 4
Here is another picture of them at age 69 (sorry about the quality).

One of them used Shaklee products…can you guess which one?

Jom tengok orang Malaysia yang guna full line produk Shaklee..apa kesan pada tubuh dia? Ini kita panggil bukti dan bukan omong kosong. Bukan seorang dua yang menggunakan produk Shaklee berpuluh tahun, malah berjuta orang dari seluruh dunia menggunakan Shaklee untuk suatu tempoh yang panjang.












Kadang kala kita dipengaruhi oleh perspektif dan teori. Mungkin kita terasa kelainan setelah mengambil Shaklee, dan dan kita salahkan Shaklee. Saya ikhlas cerita, ketika hamil anak kedua, saya alami gatal2 yang tak saya alami sewaktu hamil anak pertama. Adakah kerana Shaklee? Saya Google dan ternyata perkara tersebut adalah normal disebabkan pembawakan budak kerana ramai lagi ibu diluar sana yang tak ambil Shaklee turut mengalami apa yang saya alami. So tidaklah patut kita menyalahkan produk Shaklee dahulu sebelum meng'google' apa yang sebenarnya terjadi pada tubuh kita. 


Apa yang anda perlu tahu adalah produk Shaklee menjalani 80,00 ujian keberkesanan saban tahun dan keselamatan diuji ke atas manusia dan bukan haiwan ye sebab biologinya tak sama. Oleh yang demikian, tidak perlu ragu2 untuk mengambil supplement Shaklee kerana takutkan kesan sampingan. Mungkin kesannya lain jika anda mengambil supplement sintetik. Oleh itu ambillah supplement semulajadi Shaklee bagi mendapatkan khasiat dari sumber yang betul.

Selain itu Shaklee juta membelanjakan 250 juta dollar atau hampir RM800 juta untuk penyelidikan produk mereka. Suatu jumlah yang tiada satu supplement buatan tempatan mampu lakukan. Bukan itu sahaja, Shaklee bukan suatu jenama yang dibuat kat kilang sebarangan dan dijenamakan semula seperti kebanyakan supplement kesihatan tempatan. Yang melonjakkan jenama supplement tempatan hanyalah marketing, tajaan, dan duta. Shaklee tidak pernah mengambil duta kerana kami pengguna adalah duta keberkesanan Shaklee.

Kenali Shaklee sebagai jenama yang berkualiti tinggi. Ni petikan dari laman web Shaklee mengenai jenama ini.

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
  • Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
  • Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
  • Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
Bukan setakat tu keunggulan Shaklee, malah ramai doktor kini mula menjadi pengedar Shaklee kerana Shaklee mempunyai laman web untuk golongan profesional tersebut. Haaa..jangan main-main..ni bukan jenama keluar kat iklan TV u all tengok hari2 yang berbayar tu ye. Shaklee dibuat melalui penyelidikan, oleh doktor, oleh profesor, oleh saintis, bukan gimik marketing. Ni laman web Shaklee tu. Malah saya juga mempunyai beberapa downline doktor.


Jika doktor menolak jenama Shaklee percayalah beliau juga akan berubah fikiran jika beliau mengkaji dan mengenali jenama terunggul ni. Saya ada kenal seorang doktor yang dulu benci giler jenama Shaklee ni. Ye la sebab yang jual mak mak budak yang duduk rumah kerja jual Shaklee kan..hehehe..pastu dia nak cari kesalahan Shaklee..makin dia kaji makin dia kagum dengan Shaklee..last-last sekarang dia jual Shaklee..tu la..dia cakap dulu benci sekarang cinta..hahahaha..

Keunggulan Shaklee tidak berakhir di sini...nanti saya sambung lagi keunikan Shaklee yang hanya ia satu-satunya dalam dunia yang mempunyai dakwaan keberkesanan melalui kajian ke atas ribuan manusia selama 20 tahun.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

42 comments:

  1. kalau consume slimming set shaklee, then berat badan susut. kan?
    tapi kalau stop consuming slimming set shaklee, berat badan akan maintain atau jadi bertambah berat?

    ReplyDelete
  2. Ok. jika beli dengan saya, saya akan ubah lifestyle anda. Tahukah anda apa menyebabkan rebounce weight? gemuk -- kurus -- gemuk..
    1- Penggunaan produk kurus yang diformulakan untuk turun berat secara cepat dengan meningkatkan kadar metabolisma secara mendadak. Berat anda turun bila menggunakan produk tetapi gaya hidup, corak pemakanan masih sama. Maka anda selamanya perlu bergantung dengan produk tersebut untuk kekal slim.
    2- Apabila anda stop guna produk dan masih mengekalkan lifestyle tidak sihat, maka sudah tentu berat akan bertambah semula.

    Turun berat dengan Shaklee adalah secara semulajadi, tidak mengganggu sistem tubuh. Digabung dengan lifestyle sihat cara Shaklee, kesemua dalam testimoni kurus Shaklee masih kekal kurus.

    ReplyDelete
  3. Salam..maaf nk btanya..boleh ke org yg ada mslh asid uric n kandungan kolestrol tinggi ambil alfafa n lecthin?tqvm..harap dpt membantu..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Saya tak dapat nak kata boleh tanpa mengetahui puncanya. Jika ia berpunca dari masalah buah pinggang, saya rasa vivix lebih elok untuk kedua-dua masalah tu

    ReplyDelete
  5. saya nak tanya..kesan sampingan mcm sakit pinggang tu perkara biasa ke? saya ada makan b complex

    ReplyDelete
  6. Sakit pinggang boleh berpunca dari pelbagai punca. Nak katakan sakit pinggang sebab b-complex, ni first time saya dengar..normally customer cuma tanya kenapa urin berwarna kuning gelap bila makan b-complex atau benarkah b-complex boleh tambah berat badan. Mungkin sakit pinggang itu gejala sementara. Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika sakit berlarutan

    ReplyDelete
  7. Anak sy umur 12 tahun kekurangan g6pd. Bolehkah dia mengambil Bcomplex dan omega guard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. G6PD adalah penyakit disebabkan kelainan genetik. B Complex dan Omega sepengetahuan saya tidak mengandungi unsur yg boleh menyebabkan hemolisis. Cik boleh cuba dan buat pemerhatian. Sama seperti pemerhatian ke atas makanan lain yg berisiko mencetuskan hemolisis. B Complex dan Omega cik juga boleh makan jika mahu ☺ Cik boleh rujuk entri2 saya berkenaan G6PD dalam blog ni. Saya syorkan layari menggunakan dekstop version bagi memudahkan pencarian menggunakan pautan label

      Delete
  8. shaklee memang best..banyak merubah dari segi kesihatan..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. Salam..bolehkah vit c dan vit e shaklee diambil dlm sehari pg dan mlm..apakah kesan keatas buah pinggang? Atau hanya ambil vit c sahaja? Mana lbh bgus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh kedua duanya diambil serentak. Tiada masalah. Usah risau kerana dalam blog saya ada testimoni ibu yang dialisis semakin elok bacaan buah pinggang beliau walaupun mengambil pil vitamin Shaklee. Salah faham orang ramaj adalah pil penyebab buah pinggang rosak. Tetapi yang sebenarnya adalah unsur kimia tidak kira ia pil atau cecair. Pil ubatan kimia memang tidak elok utk jangka panjang. Tetapi Shaklee walaupun dalam bentuk pil, ia bukanlah bahan kimia kerana ia nutrisi dari sumber semulajadi 😊 Kedua dua vita C dan E bagus. Vitamin C kategori larut air dan ia tidak disimpan dalam tubuh. Ia akan keluar melalui urin jika tubuh tak gunakannya. Maka Sustained Released Vita C Shaklee dgn teknologi pelepasan berperingkat memastikan kesan optimum penyerapan vitamin C. Vitamin E pula kategori larut lemak dan hanya sebiji sehari diperlukan. Cara gunanya lebih sesuai secara topikal jika untuk kecantikan kulit wajah

      Delete
  10. Hohohoh,bahaya juga terlebih dos ni kan?

    ReplyDelete
  11. Kena banyak minum air putih dan jangan lebih dos. Kena ingat selalu ni.

    Jom baca entri berkaitan:

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    ReplyDelete
  12. terima kasih berikan info tentang vitamin shaklee..

    ReplyDelete
  13. Penggunaan dengan cara yang betul akan mengurangkan kesan sampingan. Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    ReplyDelete
  14. Dulu sy tak pandang pun shaklee. Bila kwn2introduce sy buat dekk.. bila sy pregnant awal tahun 2014 sy teringin nak cuba srt berpantang shaklee. So beli la nak cuba.. guess what,.. sewaktu berpantang sy rasa sihat tak lemah2. Dua hari las beranak badan cergas. Husband pun tegur macam bukan lepas bersalin.. skrg dh masuk 3 bulan sy ambil vit ni(Bco, vita c, vitalea, esp dan alfalfa.) Badan rasa cergas,. Yang penting berat badan saya stabil. Sblum ni teramatlah kurus. Sblum prgnant 46kg tinggi 157. Skrg dpt berat badan ideal 54kg. Pipi tak nampak cengkung.. sblum ni mcm2 gelaran sy dpr. Toothpick la, lidi mcm mcm lag.. tq shaklee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh puan share jadual pengambilan vitamin2 tu?..tq

      Delete
  15. Berapa ya harga biasa vit bcomplex ..and btul ke bleh naikkan berat badan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM67 termasuk pos. 120biji untuk kegunaan 4bulan. Untuk tawaran menarik cik boleh PM saya di 016-7114304

      Delete
  16. pernah x dengar pasal penyakit vertigo?apa kah suplement yg u bole cadangkan tq

    ReplyDelete
  17. Saya dah baca mengenai penyakit vertigo dari sini

    http://www.m.webmd.com/a-to-z-guides/vertigo-symptoms-causes-treatment

    Saya nasihatkan cik dapatkan nasihat doktor untuk rawatan kerana saya kurang arif berkenaan penyakit ini

    ReplyDelete
  18. salam nk tanya..saya ambil vitamin c pada waktu malam cz bila ambil waktu pagi(siang) saya jadi sakit kepala.even saya dh ambil air 2 liter sehari kdng2 lebih dr 2liter..alhmdulillah jerawat dh makin kurang...kulit saya jenis berminyak...sekarang saya beli vitamin e..so macam mana pengambilan yang betul bagi kedua2 vitamin c dan e..untuk ambil pada waktu siang mmg saya xboleh kerana sakit kepala akan menyerang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supplement boleh diambil bila2 masa mengikut keserasian tubuh. Hanya perlu ikut dos yang dinyatakan pada lebel.

      Delete
  19. Pnah dgr penyakit proplased disc tak?bleh rekomen supplemnt shaklee yg tak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suppelement yang disyorkan untuk kesihatan sendi adalah Advance Joint Heath Tablet, Ostematrix dan Omega Guard

      Delete
  20. Vitmin b kompleks ni bole kurangkn sesak nafas ke

    ReplyDelete
  21. Salam . Sy consume vita c plus 3 biji sehari . Once jerawat dah ok , kena kurangkan dos atau boleh makan 3 biji sehari selamanya ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sehari sebiji sudah memadai

      Delete
  22. Assalamualaikum. berkenaan silika yg ada dlm any vitamins tu is it true/ confirmed akan mndatangkan kesan buruk in the long run sbb most of the vitamins outside rasa silika tu.

    ReplyDelete
  23. Salam sis..
    Saya ada penyakit urat dikaki dan amat sakit bila berjalan diluar..
    Tapak kaki pun..
    Saya ada beli omega guard dan osteomatrix di pharmacy di singapura..
    Bolehkah ia membantu dan cara pengambilannya mcm mana?
    Saya tak tahu ada agen di SG tak?
    Terimakaseh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara makan follow pada label di botol ye ☺

      Delete
  24. Salam, sis.
    Sy mengalami masalah sakit gout, skrg sakit urat & sendi agak sukar utk solat berdiri. Tp sy ada resdung, elegiac dgn ubat tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy jg alami masalah kencing kotor.

      Delete
    2. Cik boleh whatapps saya di 016-7114304

      Delete
  25. Terima kasih atas review buah dan sayurnya sangat berguna sekali bagi kesehatan ku :)Sudilah baca entri blog ku tentang RF3 World

    ReplyDelete
  26. Dalam pengambilan vitamin. perlu kah utk mengambil vit c dan e sekali gus ?

    ReplyDelete
  27. Salam,saya ade mslh buasir dan resdung. Ubat shaklee yg mne sy boleh ambik?

    ReplyDelete
  28. Salam.haii sy nak tanya omega guard berapa biji utk sekali makan dan berapa kali utk sehari ambil omega ni?? Terima kasih☺

    ReplyDelete
  29. Assalamulaikum,klu untuk pesakit tiroid,better ambil supliment shaklee yg mn?

    ReplyDelete
  30. Saya consume vita c, alfafa dan b complex sebab agent shaklee yang suggest.
    Tapi hmpir sebulan sya makan, jerawat makin keluar. Bahagian-bahagian muka yang xpernah ada jerawat pun, naik jerawat mcm.cendawan tumbuh lepas hujan. Muka saya makin teruk.
    Saya niat nk stop saja, tpi agent shaklee tersebut advice saya suruh sabar dlu.
    Jadi saya masih consume walaupaun jerawat makin mencanak2.

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors