Cara Makan Set Kesuburan Shaklee Untuk Dapatkan Zuriat - Lengkap

Assalamualaikum. Hari ini saya nak berkongsi cara makan set kesuburan shaklee sebagai panduan kepada mereka yang berusaha mendapatkan zuriat tetapi keliru cara dan jadual makan vitamin tersebut untuk tujuan kehamilan. Ada banyak punca ketidaksuburan terutama haid yang tak teratur, keguguran, hormon tak stabil, dan banyak lagi. Tapi anda tidak boleh menjadikan supplement sebagai usaha tunggal untuk mendapatkan zuriat. Ada beberapa tips lain perlu diamalkan dan tak lupa lakukan pemeriksaan klinikal untuk mengetahui masalah sebenar.

Suka saya nak ingatkan semula, sila buat pemeriksaan doktor disamping pengambilan supplement untuk kesuburan supaya anda tahu masalah sebenar anda. Cara makan set kesuburan Shaklee ada sedikit warna-warni yang selalu buatkan pelanggan keliru. Untuk bagi gambaran mudah, kita bahagikan kumpulan ketidaksuburan kepada 3 kumpulan dan set Shaklee yang sesuai untuk anda menurut masalah yang anda hadapi.

1- Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil.
2- Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki
3- Isteri pernah hamil tetapi keguguran

Untuk ketiga-tiga kategori ni, produk wajib ambil adalah GLA Complex. GLA Complex sangat berperanan dalam membantu kesuburan wanita selain manfaat kecantikan. Apa manfaat GLA boleh baca di entri Tingkatkan Kesuburan Dengan Fakta. Cara makan GLA mudah sebenarnya.

 Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil

Bermula dengan masalah haid tak teratur, makan GLA Complex 1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teratur. Jika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan dalam jam 10pagi. 10pm sekali, 10am sekali. Just nice. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari. Kalau masih tak beri kesan sebaiknya anda tambah Alfalfa dalam list wajib ambil.

Setelah haid anda teratur dan normal, anda hanya perlu makan GLA sebiji sehari pada waktu malam dari hari pertama haid hingga ke waktu subur anda. Pernah belajar kan tingkatan 3 dulu.. Apa? Lupa? Pergi buka buku adik awak sekarang! Acah je. hehe. Ok jom belajar balik. Lihat rajah bawah ni.
Contoh Kitaran 28 Hari - Subur Pada Hari Ke 14
Apa maksud subur? Ovulasi? Semua pernah belajar kan. Itu waktu dimana telur ovum dilepaskan. Jom ketahui cara pengiraan waktu subur anda.
Gunakan sistem jadual seperti di bawah supaya anda lebih jelas dengan perjalanan haid anda. Lorekan warna hijau pada graf menunjukkan waktu anda tak subur. Pada ketika tak subur la anda perlu makan GLA Complex dan pause makan pada hari ke 14 jika kitaran anda 28hari. Dan proses ini diulangi jika datang haid semula.

Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

Kerana itu jadual seperti di atas sangat penting supaya anda dan suami boleh mempersiapkan diri untuk tempoh istimewa tersebut. Alhamdulillah saya dan suami guna teknik jadual ni untuk merancang keluarga dan berhasil. Kami juga mengamalkan vitamin Shaklee termasuk set kesuburan.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.

Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.- Credit 

Jika haid anda lewat, tunggu sehingga 2 minggu dan lakukan ujian UPT. Jika negatif, tunggu lagi seminggu dan lakukan semula ujian UPT. Hanya jika anda sudah melakukan beberapa ujian tetapi masih negatif dan berjumpa doktor untuk mengesahkan anda belum hamil, barulah makan semula GLA Complex

Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki

Apabila isteri tiada masalah haid iaitu haid normal dan suami pun doktor dah sahkan normal. Maka pengambilan set lengkap kesuburan mungkin boleh membantu tubuh anda memperbaiki sistem reproduktif dan menghasilkan sel sperma serta ovum yang berkualiti tinggi supaya peluang mendapatkan zuriat lebih cerah. Juga tak lupa meningkatkan stamina dan menghangatkan hubungan supaya anda berdua enjoy dalam mendapatkan zuriat.

Isteri pernah hamil tetapi keguguran

Bagi yang pernah mengalami masalah keguguran, kami mencadangkan penambahan wajib ESP dan CoQ Health bagi menguatkan kandungan akan datang. Seeloknya tunggu sehingga 6 bulan sebelum hamil lagi bagi menyediakan rahim yang cukup kuat.


Biasa soalan yang saya terima adalah "set mana yang saya perlu ambil?". Jawapannya bergantung pada anda. Apa masalah anda? Setiap set berperanan untuk selesaikan masalah kesuburan. Kalau doc cakap sperma yg masalah, CoQ la jawapannya. Berbincang dengan penjual anda yang mana anda patut beli dan mengapa. Berikut adalah ringkasan cara makan:

GLA Complex - Sebiji selepas makan (Sarapan / Dinner)
B - Complex - Sebiji selepas sarapan
Vita - E Complex - Sebiji selepas lunch
Zinc Complex - Sebiji semasa perut kosong
ESP - 1 sudu 2 @ 3 kali sehari. Sarapan / Dinner; Sarapan / 3pm / Sebelum tidur. Cara bancuh sila minta bantuan penjual anda ye.
Vitalea - Sebiji selepas lunch
Alfalfa Complex - 3 biji selepas sarapan. Dos bergantung kepada ketahanan tubuh terhadap herba. Minta bantuan penjual anda untuk dos yang sesuai.

ESP boleh digunakan untuk turun / tambah berat jika anda mahu. Ada tipsnya :-). Digunakan untuk menguatkan rahim bagi yang mengalami masalah keguguran. Sebenarnya ada banyak punca keguguran selain rahim tak kuat, contohnya ovum dan sperma yang tak berkualiti, kekurangan nutrisi.

Vitamin yang perlu diambil selepas makan seperti GLA, Vita-E, Vitalea kerana ia kategori larut lemak. Ia perlukan sedikit lemak untuk melarutkan vitamin tersebut.

B-Complex pula kategori larut air. Anda perlukan sekurang-kurangnya 250ml air lepas telan B-Complex ye.

Zinc pula dimakan ketika perut kosong kerana phytates yang hadir dalam roti gandum, bijirin, kekacang dan lain-lain makanan akan mengikat zinc dan menghalang penyerapan penyerapan zinc oleh usus.

Anda mungkin berminat dengan entri HOT ni - Cara Makan Set Kurus Shaklee Dan Menu Diet

Untuk meningkatkan lagi peluang anda hamil, teruskan menambah ilmu kesuburan anda dengan entri berikut:

Punca Utama Tidak Subur
Tingkatkan Kesuburan Dengan Fakta
Tips Untuk Mudah Hamil

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

17 comments:

  1. kalau makan hari-hari boleh ke? ada effect pada buah pinggang tak

    ReplyDelete
  2. Effect buah pinggang bukan sekadar dari supplement sahaja..malahan dari makanan harian pun boleh effect contothnya minuman instant..tapi usah risau kerana Shaklee insyaAllah selamat untuk buah pinggang..boleh refer testimoni ni..wajib ambil air 1 liter untuk setiap 25kg berat tubuh untuk larutkan nutrisi tambahan yg kita ambil..selamat berShaklee :-)

    http://www.freevitamin.my/2014/02/shaklee-selamat-untuk-pesakit-buah.html#.U2OksVcax0V

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian

    lawati www.haniqhanisalihah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  5. mmg dah ramai hamil dgn set subur shaklee nie. dgn izin Allah alhamdulillah :)


    www.ourlovebonding.com

    ReplyDelete
  6. Salam en..terima kasih atas pengkongsian nie. Ianya dpt membantu sy utk memberikan penjelasan kpd custoner saya. Dokan customer saya juga akan disahkan hamil selepas menggunakan set kesuburan shaklee ni. Tq

    ReplyDelete
  7. Info yang berguna..dah ramai yang berjaya preggy lepas consume set kesuburan shaklee..

    Jemput singgah diblog saya http://bijakmemilih.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Saya suka dengan perkongsian puan tentang kiraan waktu subur. Tak ramai yang alert tentang ini. Bila waktu "bersama" tidak kena pada waktu subur ini, peluang untuk hamil memang rendah, walaupun dah makan set produk kesuburan

    ReplyDelete
  9. Good info
    Lawati blog saya
    http://www.waneymakram.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Wah sangat bermanfaat sekali buat saya pribadi, saya yakin artikel ini juga bermanfaat banyak terhadap pembaca lainnya seperti yang saya alami.
    Terimakasih bos atas infonya, sukses selalu ..!

    ReplyDelete
  11. nak tau hrga set kesuburan ... sye nak hamil...hmm.. hrap pertolongan..

    ReplyDelete
  12. Hi sis,sye mglami mslh haid berpanjangan dan x teratur,selain itu sye mengalami keputihan x lh seteruk mne pun..pernah keguguran sebnyk 3 kali..last kguguran 9/9/2015 aritu,smsa kguguran aritu sye x cuci..adkh produk sesuai untk sye sis and then yang mne satu produk yang untuk sye ambik sis,hrap minta pnjelasan..tq sis..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis. terima kasih atas perkongsian info ttng cara makan gla. x ramai pengedar yg sudi berkongsi ttg cara makan vitamin ini, even for just a glimps. masing2 letak syarat kena beli dahulu ngan mereka and then baru bgtau cara pengambilan. This is truly 'caring is sharing'. tq so much again sis.

    ReplyDelete
  14. bagus nya set Shaklee..usah risau shaklee vitamin premium siap ada kajian klinikal oleh para saintis bertauliah..Kajian 20 tahun pengguna Shaklee..kesihatan jauh lebih baik

    ReplyDelete

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors