Kalau goole "penawar alternatif kanser", ada banyak rupanya produk anti kanser di internet ni. Ada yang bersifat teori. Makan ni boleh sembuh kanser. Ada yang bersifat cuba nasib, perlu makan vitamin ni sebab berdasarkan kajian populasi yang makan vitamin ni tak kena kanser. Jadi kalau dah kena kanser makan vitamin tu boleh revert kanser? Tu namanya cuba nasib. Hari ni saya nak share berkenaan kanser berulang yang dipetik dari http://www.hmetro.com.my
22 July 2010
Belum sempat menarik nafas lega, sudah diserang kanser buat kali kedua. Kesan kemoterapi dulu masih terasa, kini perlu berdepan ubat baru pula. Perjalanan hidup dirasakan seolah-olah terhenti apabila diberitahu kanser yang dirawat kini merebak ke tempat lain.
Kecewa, sedih dan merasakan diri sangat malang menyebabkan sesetengah pesakit kanser berputus asa untuk meneruskan rawatan dan berjuang melawan penyakit.
Serangan kanser berulang boleh berlaku di tempat sama atau merebak ke anggota lain. Kebanyakan kes serangan kanser berulang dicatatkan berlaku dalam tempoh lima tahun, terutama pada tahun kedua dan ketiga selepas kanser dikesan. Biasanya seseorang itu boleh dianggap bebas kanser apabila berjaya melepasi had lima tahun.
Kenapa lima tahun dan bukan 10 atau 15 tahun? Tempoh lima tahun diguna pakai di seluruh dunia sebagai ukuran kepada kadar keterusan hidup atau jangka hayat pesakit selepas kanser dikesan. Ia merujuk kepada peratusan pesakit yang hidup sekurang-kurangnya selama lima tahun selepas kanser dikesan.
Kadar keterusan hidup ini berbeza mengikut jenis kanser, tahap kemaraan penyakit ketika mendapat rawatan dan tindak balas pesakit terhadap rawatan. Ia boleh mencecah antara 90 hingga 95 peratus bagi kanser payudara peringkat pertama, sekitar 50 hingga 60 peratus bagi kanser paru-paru atau serendah 30 atau 40 peratus saja bagi kanser perut untuk peringkat sama.
Ada pula yang bertanya, apakah ini bermakna pesakit dapat hidup selama lima tahun saja? Tidak. Nyawa bukan di tangan doktor. Hanya Allah tahu berapa lama seseorang pesakit itu boleh hidup. Had lima tahun adalah ukuran masa bagi mengetahui sama ada penyakit terkawal, mengkaji keberkesanan sesuatu rawatan serta jenis kanser yang lebih berbahaya daripada yang lain.
Menurut Pengarah Perubatan dan Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Antarabangsa Wijaya, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Wahid, kajian mendapati lima tahun adalah masa yang praktikal untuk mengkaji dan membuat perbandingan keadaan kesihatan pesakit sebagai petunjuk kepada kawalan kanser.
Malah dalam tempoh lima tahun, proses pengumpulan maklumat pesakit kanser untuk statistik adalah lebih mudah berbanding 10 tahun kerana dalam jangka masa panjang pelbagai kemungkinan boleh terjadi, termasuk peningkatan jumlah kematian akibat pelbagai sebab seperti serangan ulangan kanser, komplikasi penyakit lain atau kemalangan.
Katanya, jika pesakit berjaya melepasi lima tahun, bermakna peluang mendapat serangan kanser berulang adalah rendah. Pengulangan kanser paling kerap berlaku dalam tempoh satu hingga tiga tahun, terutama bagi kanser paru-paru, payudara dan usus.
“Selalunya apabila melepasi halangan lima tahun ini, risiko untuk kanser datang balik adalah rendah, tetapi ada pengecualian kepada kanser payudara kerana risikonya sentiasa ada. Lebih cepat kanser itu datang balik, keadaannya adalah lebih serius.
“Penyelidik mendapati ada tiga puncak tempoh serangan ulangan kanser iaitu pada dua hingga tiga tahun pertama, diikuti tujuh hingga lapan tahun dan selepas 12 tahun. Risiko ini berkurang dengan masa. Ini bermakna walaupun kanser boleh datang balik selepas lima tahun, kemungkinannya rendah. Risiko mendapat kanser semula dalam tempoh 12 tahun jauh lebih rendah berbanding dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun.
“Seperkara penting yang perlu diingat ialah apabila kanser menyerang semula, keadaan menjadi lebih teruk berbanding serangan pertama. Biasanya apabila kanser datang balik, ia ada pada peringkat keempat (paling serius). Ia tidak melalui peringkat seperti serangan pertama. Ini kerana apabila seseorang mendapat kanser, badan pesakit menanggung beban daripada penyakit ini.
“Walaupun menerima rawatan, beban ini masih ada dan bertambah banyak apabila kanser menyerang semula. Ini sebabnya kanser yang berulang itu lebih serius dan sukar dikawal. Dalam keadaan ini kaedah dan tujuan rawatan tidak sama seperti serangan kanser pertama,” katanya sempena sambutan Hari Kanser Sedunia, Khamis lalu.
Kanser berulang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Setempat — Kanser menyerang di tempat sama seperti serangan pertama dan ia tidak merebak ke nodus limfa atau ke lain bahagian badan.
·Serantau — Kanser datang balik dan menyerang nodus limfa berdekatan tempat asal serangan, tetapi tidak merebak ke anggota lain.
Pengulangan jauh — bermakna kanser merebak ke bahagian badan lain seperti paru-paru, hati, tulang atau otak. Kes seperti ini dipanggil metastasis.
Isunya, kenapa dan bagaimana kanser boleh datang balik sedangkan pesakit menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan, mendapat kemoterapi dan mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat.
Punca kanser berulang
Dr Ibrahim berkata, banyak faktor menyebabkan kanser berulang, antaranya:
·Saiz ketumbuhan — Lebih besar saiz kanser, lebih tinggi peluang untuk menyerang semula.
Kelenjar berdekatan kanser — Jika lebih banyak kelenjar di kawasan kanser, risikonya lebih tinggi. Walaupun kelenjar berhampiran yang disyaki dijangkiti dibuang, ada kemungkinan sel kanser ‘terlepas’ ke dalam kelenjar lain dan memasuki aliran darah. Sel yang terlepas menyebabkan ketumbuhan di tisu lain.
Malangnya, ia terlalu kecil untuk dikesan. Ketumbuhan ini hanya dapat dikesan apabila ia ‘membiak’ membentuk koloni sel kanser. Untuk kanser payudara contohnya, apabila ketumbuhan bersaiz satu sentimeter, ia mengandungi beberapa juta sel kanser.

Gred kanser — Sama ada kanser yang ganas atau tidak. Untuk mengetahuinya, perlakuan sel kanser diperhatikan di bawah mikroskop bagi melihat bilangan dan bentuk sel. Jika jumlah sel mempunyai bentuk luar biasa lebih banyak berbanding sel asal, bermakna kanser berkenaan mungkin ganas.
Jenis kanser — Kanser pankreas, paru-paru dan perut biasanya mempunyai peluang tinggi untuk berulang.
Organ yang terbabit — Serangan kanser pada sesetengah jenis organ boleh merebak lebih cepat. Contohnya kanser payudara peringkat pertama. Walaupun ujian imbasan CT menunjukkan ia tidak merebak, pesakit tetap diberi rawatan kemoterapi kerana doktor tidak tahu berapa banyak sel kanser ‘terlepas’ dan memasuki tisu lain. Tujuan kemoterapi untuk memusnahkan sel yang terlepas supaya tidak bersarang di tempat lain dan mencegah kanser daripada datang balik.
Tindak balas badan pesakit terhadap rawatan kemoterapi — Walaupun sudah menerima kemoterapi pada rawatan pertama, ada kemungkinan wujud sel kanser yang mempunyai ketahanan pada ubat kemoterapi. Keadaan ini berlaku kerana bukan semua sel menjadi sensitif terhadap kemoterapi dan sel berdaya tahan ini membentuk ketumbuhan baru.
Selalu terjadi pesakit salah faham terhadap rawatan kanser, terutama kemoterapi, yang dianggap ‘racun’ kerana selain sel kanser ia turut membunuh sel sihat. Salah faham ini menyebabkan ramai menganggap rawatan kemoterapi yang membunuh jika pesakit meninggal dunia, sedangkan kebanyakannya hanya datang berjumpa doktor dalam keadaan tenat; selepas puas berubat dengan kaedah tradisional.
“Pesakit kanser tidak mati kerana rawatan, tetapi akibat penyakit atau komplikasi penyakit. Ramai mahu mencuba rawatan alternatif atau tradisional ketika kanser dikesan. Mereka takut apabila diberitahu perlu menjalani rawatan kemoterapi walaupun ketika itu kanser pada peringkat pertama.
“Dalam tempoh mereka mendapatkan rawatan lain itu, kanser terus mara dan menjadi bertambah teruk. Dalam keadaan ini kanser sukar dirawat dan biasanya berakhir dengan kematian. Apabila keadaan ini berlaku, ramai membuat perbandingan secara umum jangka hayat pesakit selepas rawatan, sedangkan mereka perlu melihat jenis dan peringkat kanser ketika dirawat serta tindak balas badan terhadap rawatan,” katanya yang juga Perunding Onkologi di Pusat Perubatan Tropicana.
Menurutnya, setiap jenis kanser mempunyai peluang sembuh berbeza walaupun dikesan pada peringkat sama. Kanser payudara peringkat pertama yang dirawat mempunyai peluang sembuh antara 90 hingga 95 peratus; menurun kepada 80 hingga 90 peratus (peringkat kedua), 40 hingga 50 peratus (peringkat ketiga) dan kurang daripada 10 hingga 20 peratus bagi peringkat keempat.
Bagi kanser paru-paru pula, peluang sembuh adalah lebih rendah iaitu kira-kira 50 hingga 60 peratus saja walaupun dikesan pada peringkat awal (peringkat satu dan dua) dan turun mendadak kepada hanya 20 peratus bagi peringkat keempat. Pada peringkat keempat, pesakit dijangka hanya boleh hidup selama dua tahun.
Untuk kanser pankreas pula, peluang keterusan hidup lebih rendah berbanding kanser paru-paru kerana kadar keterusan hidup hanya 30 hingga 40 peratus bagi peringkat pertama. Malah, kadar terusan hidup pesakit yang dikesan menghidap kanser ini pada peringkat keempat dikatakan hampir tiada iaitu mereka dijangka meninggal dunia dalam tempoh lima tahun.
Berbeza dengan kanser tiroid yang mempunyai peluang sembuh yang tinggi iaitu melebihi 90 peratus untuk peringkat pertama dan kedua. Malah kanser tiroid peringkat ketiga dan keempat juga mempunyai peluang hidup melebihi 30 hingga 40 peratus.
Sebagaimana diketahui umum, rawatan kanser membabitkan beberapa kaedah iaitu pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau gabungan semuanya. Namun biasanya kanser malignan (yang boleh merebak) dirawat secara pembedahan dan kemoterapi. Kemoterapi meningkatkan peluang sembuh berbanding pembedahan pembuangan ketumbuhan saja. Contohnya peratus sembuh kanser paru-paru peringkat pertama boleh mencecah sehingga 70 hingga 75 peratus jika rawatan disertakan kemoterapi berbanding hanya 60 peratus dengan pembedahan saja.
Pencegahan dan rawatan
Pengulangan serangan kanser boleh dicegah, tetapi sehingga kini tiada kaedah dapat menjamin seseorang bebas sepenuhnya daripada penyakit itu. Pengulangan kanser berlaku kerana ada sel kanser ‘terlepas’ memasuki aliran limfa atau darah dan tidak dapat dimusnahkan dalam rawatan terdahulu.
Sel ini terlalu kecil untuk dikesan melalui teknologi canggih, termasuk imbasan CT. Biasanya kanser hanya dikesan apabila bersaiz satu sentimeter dan ketumbuhan sekecil ini mempunyai kira-kira satu juga sel kanser!
Antara kaedah digunakan di seluruh dunia untuk mencegah pengulangan kanser ialah kemoterapi. Kemoterapi memusnahkan sel yang mungkin terlepas dan mencegahnya daripada memasuki aliran darah. Ini sebabnya pesakit memerlukan rawatan seawal mungkin sebaik ia dikesan.
“Rawatan sebelum dan selepas kanser merebak tidak sama. Kemoterapi sebelum kanser merebak adalah untuk menghapuskan sel dengan tujuan meningkatkan peluang sembuh dan mengurangkan risiko kanser berulang.
“Bagaimanapun, rawatan kemoterapi selepas kanser merebak adalah untuk mengawal sel kanser supaya tidak membesar, merebak ke tempat lain, mengurangkan komplikasi penyakit dan melengahkan kematian,” katanya.
Adakah makanan yang boleh diambil untuk mencegah kanser daripada berulang? Walaupun banyak pihak mendakwa produk mereka boleh mencegah kanser, sehingga kini tiada kajian dapat membuktikannya (kecuali Vivix yang disokong bukti klinikal - Bukti). Pesakit disaran berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum mencuba makanan tambahan, terutama ketika kanser menyerang, kerana ada pakar berpendapat ia boleh merangsang pertambahan sel kanser.
Dr Ibrahim berkata, usah mudah percaya dakwaan yang dibuat berlandaskan testimoni atau pengakuan pengguna kerana keadaan penyakit setiap orang berbeza. Walaupun tidak menghalang pesakit mencuba rawatan alternatif, lebih baik jika ia dibincangkan dulu dengan doktor supaya jelas kebaikan atau keburukannya.
Bekas pesakit kanser juga diingatkan supaya mematuhi jadual rawatan susulan iaitu setiap dua hingga empat bulan bagi tiga tahun pertama. Kekerapan ini dikurangkan kepada tiga hingga enam bulan sekali selepas tiga tahun dan setahun sekali apabila pesakit melepasi lima tempoh lima tahun. Ia penting kerana pada rawatan susulan ini doktor boleh mengesan jika ada serangan kanser berulang.
“Seperkara lagi, jangan mudah percaya cakap orang atau maklumat yang anda baca di Internet. Minta doktor anda perjelaskan maklumat yang anda dapat. Selain itu dalam tempoh lima tahun ini, segera berjumpa doktor jika berasa tidak sihat atau mengesan sesuatu yang tidak normal pada badan,” katanya.
Di Shaklee, produk yang kami tawarkan untuk melawan kanser adalah Vivix. Jom kenali apa itu Vivix dan testimoni pesakit kanser yang masih hidup malahan kelihatan berusia 30an sedangkan umurnya 50tahun. Beliau survive kanser paru-paru sejak 2002 hingga kini dengan pengambilan supplement Shaklee termasuk Vivix dan kini bergelar jutawan Shaklee dengan membantu mereka yang senasibnya.
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)
Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:
Post a Comment