KAJIAN  saintifik telah membuktikan bahawa tekanan oksidan (kerosakan
 sel angkara radikal bebas) merupakan penyebab sebenar bagi lebih 70 
jenis penyakit kronik yang berpunca daripada penyakit-penyakit seperti 
kencing manis, kanser, penyakit jantung, artritis, sehinggalah ke 
penyakit sklerosis dan Alzheimer. 
  
Proses yang sama membuatkan besi berkarat atau epal yang dipotong 
bertukar warna menjadi perang, merupakan sebab yang mendasari terjadinya
 penyakit-penyakit berkenaan.  
Apa sebenarnya yang ingin dinyatakan ialah kita semua sedang 
berkarat dari dalam. Setiap penyakit degeneratif yang kronik merupakan
 akibat secara langsung kesan-kesan toksik yang dihasilkan oleh tekanan 
oksidan ataupun kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. 
Sebenarnya, tekanan oksidan merupakan teori utama di sebalik proses 
penuaan itu sendiri. Di samping itu, badan kita sentiasa diserang oleh 
pencemaran yang wujud dalam udara, makanan dan air. 
Gaya hidup yang penuh dengan tekanan dan ketegangan juga amat 
berbahaya. Sekiranya kita tidak menyekat proses ini daripada terus 
berlaku, akibatnya ialah kemerosotan sel yang berterusan dan akhirnya 
kita akan menderita dengan penyakit.
Melalui penyelidikan dan amalan yang dilakukan sendiri, didapati 
bahawa pertahanan yang paling kuat terhadap penyakit-penyakit ialah 
sistem ketahanan semula jadi badan kita sendiri. 
Ia jauh lebih unggul daripada mana-mana ubat yang mampu 
dipreskripsikan oleh doktor. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa 
penggunaan suplemen nutrisi terhadap para pesakit bukan hanya sebagai 
perubatan alternatif, tetapi sebaliknya merupakan satu bentuk perubatan 
pelengkap. 
Pada hakikatnya, ia mungkin mewakili perubatan terkemuka yang paling baik kerana ia merupakan perubatan pencegahan yang tulen. 
Mengambil suplemen nutrisi bukan bertujuan hendak menghapuskan sama 
sekali penyakit tetapi ialah untuk menggalakkan kesihatan, bersemangat 
lagi bertenaga. 
Vitamin E dengan tokoferol bercampur adalah salah satu daripada 
suplemen yang memanfaatkan hampir semua orang yang mengambilnya. 
Di bawah ini terdapat beberapa hasil penyelidikan yang telah 
mengesahkan kesan pencegahan dan kesan anti oksidan vitamin E bercampur 
tokoferol:
Bagaimana Hendak Memilih Jenis Vitamin E yang Betul
Dengan kesan-kesan perlindungan dan kesihatan yang begitu hebat, maka
 persoalan yang timbul ialah jenis vitamin E yang mana satukah patut 
anda ambil. 
Untuk memberi sedikit pemahaman tentang perkara ini, vitamin E 
(tokoferol) terdiri daripada empat ahli, iaitu alfa-, beta-, gamma-, dan
 delta tokoferol. 
Kebanyakan jenama produk suplemen vitamin E yang dijual mengandungi 
hanya satu ahli  daripada keluarga  tokoferol vitamin E, iaitu alfa 
tokoferol, yang tidak memberi anda perlindungan secara lengkap dan 
menyeluruh. 
Jika anda mengambil suplemen vitamin E, maka pilihlah produk vitamin E
 yang mengandungi campuran alfa-, beta-, gamma- dan delta tokoferol 
bersama dengan succinate vitamin E, kerana ia bertindak secara 
bersinergi untuk memberikan manfaat-manfaat kesihatan yang maksimum.
Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan 
seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. 
Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya 
berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.
So apa keunikan vitamin E shaklee? Di Shaklee ia dipanggil Vita-E Complex..sebab apa complex? sebab ia bukan sekadar vitamin E, ia lebih dari itu. Jom tengok.
Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)
Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar 
Hubungi Saya :
FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
*
 COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; 
Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas 
Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke 
SELURUH MALAYSIA.