Masalah Jeragat Dan Cara Mengatasi Yang Murah Dan Berkesan

Jeragat kalau boleh mesti kita nak atasi dengan kos paling rendah kan? Hari ni saya nak share rawatan jeragat dari blog Dr Hassenah diikuti rawatan jeragat menggunakan produk Shaklee. So kita dapat mengetahui secara berkesan rawatan untuk jeragat yang betul.

Sebelum rawatan pengelupasan kimia
Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang 12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . 

Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. 

Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal. Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . 

Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas. Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. 

Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doktor anda.

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )
  1. Terdedah kepada cahaya matahari terik
  2. Penggunaan hormone. Cthnya Pil perancang
  3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai
  4. Keturunan.
Rawatan untuk melasma.

Matlamat rawatan melasma ada dua. Pertama untuk mengeluarkan pigment yang sedia ada dan kedua adalah untuk menghalang dari pigment baru terbentuk. Cara-caranya adalah:

1) Penglupasan Kimia
Ini melibatkan penggunaan larutan kimia untuk menghasilkan penglupasan kulit yang mengandungi lapisan melasma. Ianya agak berkesan untuk melasma tetapi harus diikuti dengan penjagaan kulit yang rapi. Hasilnya. Lebihkurang 50-70% melasma akan kurang. Ianya lebih sesuai untuk melasma epidermal

Kos RM 450 - 600 (Penglupasan kimia sahaja, tidak termasuk rawatan lain).
Selepas 4 bulan pengelupasan kimia
Gambar salah seorang pesakit saya setelah membuat penglupasan kimia dan menggunakan krim serta sunblock.

2) Laser
Cara ini lebih berkesan untuk Hori’s Naevus dan Solar Lentigenes kerana gelombang laser boleh masuk lebih jauh kedalam. Rawatan ini juga sesuai untuk melasma dermal ( jeragat yang berada pada lapisan dalam kulit).
Kos - RM1000- 2000

3) Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
Cara ini menggunakan satu alat untuk menghasilkan penglupasan secara mekanikal. Ia kemudiannya diikuti dengan rawatan Vit C Iontophoresis yang akan mencerahkan kulit. Berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit yang anjal dan tebal.
Kos RM 750 – 900 ( Untuk 6 kali rawatan)

4)Krim dan Sunblock
Ini merupakan rawatan susulan kepada 3 rawatan diatas. Tidak mencukupi untuk hanya menggunakan krim dan sunblock sahaja. Ianya mesti seiring dengan rawatan jeragat diatas.

Bagaimana pandangan anda mengenai rawatan pakar mengenai rawatan untuk masalah jeragat? pastinya anda tertanya takda ke rawatan yang mampu milik? hihi..kalau tanya saya tentu jawapannya Shaklee. Bonus kepada set ni adalah anda dapat kesihatan keseluruhan badan. Untung tak? Nak tau apa set yang sesuai untuk atasi masalah jeragat boleh baca entri saya Testimoni Set Kecantikan - Set D Dan GLA Complex Hilangkan Jeragat.


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors