Bagaimana Vitamin E Memberi Manfaat Pada Kulit?

Semua maklum vitamin E baik untuk kulit, tapi tak ramai mampu jelaskan bagaimana vitamin E berfungsi -- vitamin E adalah antioksidan yang melindungi dan membaik pulih kulit anda. Antioksidan adalah agen yang meneutralkan kesan oksidan radikal bebas, iaitu molekul yang merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering, bergaris halus dan berkedut.


Contoh nyata kesan radikal bebas adalah buah epal selepas kita makan separuh. Bahagian yang belum dimakan akan berubah warna, kecut, dan kelihatan rosak. Itulah kesan radikal bebas kalau nak tau.

Satu penerangan ringkas dari sudut kimia boleh jelaskan bagaimana vitamin E membantu. Atom yang membina tubuh anda cuba untuk mengekalkan bilangan elektrok yang genap -- itu yang membuatkannya stabil. Jika ada atom yang mempunyai bilangan elektron yang ganjil, ia akan ambil elektron dari atom lain supaya stabil.

Apabila kulit anda menghadapi serangan dari faktor luaran seperti sinaran ultraungu, badan anda akan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah atom dengan jumlah elektron yang ganjil, dan bila ia terbentuk di dalam tubuh anda, ia akan mengambil elektron dari sel sihat conyohnya sel kulit anda. Ini boleh mengakibatkan kesan kerosakan berantai, dan di sinilah antioksidan seperti vitamin E diperlukan.

Antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang berlakunya kerosakan selular. Vitamin E adalah salah satu daripada aktioksidan paling kuat, tetapi badan anda tidak boleh menghasilkannya, yang bermaksud anda perlu memastikan anda mendapat cukup nutrisi yang berharga ini dalam diet anda. Memakan makanan yang tinggi kandungan vitamin E atau mengambil supplement Shaklee Vita-E Complex dengan Selenium dan ekstrak biji anggur jika sukar memenuhi keperluan vitamin E melalui makanan boleh membantu menghalang penuaan kulit pra-matang dan kerosakan terhadap DNA anda.

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang juga mampu mengurangkan kesan sunburn kesan dari terdedah kepada radiasi UVB. Tapi ini tak bermaksud memakan atau menyapu vitamin E pada kulit membolehkan anda berjemur di bawah panas terik matahari, tetapi ia dapat membantu kulit anda kekal lebih sihat dan lebih lembut dengan memastikan anda memperoleh bekalan vitamin antioksidan yang mencukupi.

Sumber - http://health.howstuffworks.com/skin-care/information/nutrition/vitamin-e-benefit-skin.htm

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors