Kenali CoQ Health Plus Shaklee

CoQ 10 adalah salah satu enzim yang terdapat dalam tubuh manusia. Supplement tidak beberapa popular kerana ia digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan jantung. Tapi kalau you all survey kat farmassi..ada je produk CoQ ni. Sebelum ni saya ingat Shaklee je jual. Masa pergi Jusco saya saja tengok tengok. Sekali jumpa CoQ10 jenama Bla****re harga RM170 sebotol..bapak mahal..Shaklee jauh lebih murah kalau you all nak tau. Jadi sentiasalah dapatkan vitamin Shaklee dari saya..hihi. Ok ni penerangan mengenai CoQ dari blog prettyraudhah.com dan ibu2ahmad.blogspot
CoQ Health Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10, Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.
Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10. Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
Apakah fungsi Co Enzim Q10?
  1. Menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
  2. Bertindak sebagai antioksida (melindungi arteri daripada pengoksidan low-density lipoproteins (LDL)
  3. Membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang menyalurkan darah ke jantung
Apakah sumber makanan yang mengadungi Co Enzim Q10?

Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti di dalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pemgambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim dalam badan yang semakin merosot.
Apakah kebaikan Co Enzim Q10?

Antara salah satu kebaikan Co Enzim Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi.

Hasil kajian /double-blind/ menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Manfaat lain Co Enzim Q10
  •  Kesihatan kardiovaskular
  •  Menangani penuaan
  •  Menangani tekanan darah tinggi
  •  Menangani keletihan
  •  Kesihatan ginjal
  •  Migrain
  •  Kesihatan saraf & otak
  •  Terapi Statin
  •  Menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
  •  Kesuburan lelaki
  •  Kesihatan pergigian
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut:

Serangan Penyakit Jantung - Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil supplement CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung - Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa supplement CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi -  Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4–12 minggu untuk melihat sebarang perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi - Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplement CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol dalam badan.

Diabetes Atau Kencing Manis
- Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.


Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik Beli Sekarang. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card)


Rahsia Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma Terbongkar
Hubungi Saya :




FB Syue Wana | 016-7114304 (sms/whatsapp) | yuna.stitchz@gmail.com
www.facebook.com/messages/FreeVitamins

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

0 comments:

Post a Comment

LINKIN WITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors